in

“Sebaris Bali, Phi Phi & Lombok” – Langkawi Tersenarai Antara Pulau Terbaik Di Asia Tenggara

Langkawi Pulau Terbaik Asia Tenggara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkenal dengan jolokan ‘Permata Negeri Kedah’, Pulau Langkawi bukan sahaja menjadi destinasi tumpuan pelancong dari dalam negara, tetapi turut mendapat perhatian warga negara asing dengan keindahan, kisah sejarah, mitos dan lain-lain.


Terdiri dari 99 gugusan kepulauan kecil, Langkawi baru-baru ini tersenarai sebagai salah satu daripada pulau terbaik di Asia Tenggara dalam Anugerah Terbaik Asia yang pertama dianjurkan oleh salah sebuah laman web, Travel+Leisure Southeast Asia yang menganjurkan anugerah ini berdasarkan undian pembaca.

Langkawi menduduki tempat ke-5 dalam senarai selepas Phu Quoc, Bali, Koh Samui dan Phuket.

Dataran Helang 4

Dengan kepelbagaian tarikan berasaskan alam sekitar seperti air terjun, mata air panas dan taman hutan, Langkawi adalah rumah kepada satu-satunya kawasan di Asia Tenggara yang telah diberikan status Geopark UNESCO, disebabkan oleh formasi batuan yang mengagumkan, gua yang luas dengan stalaktit dan stalagmit, gua laut dan terowong serta hidupan liar yang menarik.

Reavlidation.cert

Menurut Encik Nasaruddin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA berkata, anugerah ini adalah bukti usaha dan dedikasi berterusan pihaknya, terutamanya sepanjang pandemik ketika ketibaan pelancong ke pulau itu berada pada tahap paling rendah.

Tambahnya lagi, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, LADA tetap optimis dan mengambil tanggungjawab untuk memastikan pulau itu menunjukkan daya tahan dalam perjalanannya ke arah pemulihan dan kekal sebagai destinasi pilihan utama ramai. 

Dataran Helang 2

Selain Langkawi, Pulau Pinang juga berada dalam senarai ‘Top 10’ pulau terbaik di Asia Tenggara dan menduduki tangga ke-8 pilihan pembaca.

Berikut adalah senarai penuh pemenang anugerah Pulau Terbaik di Asia Tenggara :

  1. Phuket, Thailand
  2. Koh Samui, Thailand
  3. Bali, Indonesia
  4. Phu Quoc, Vietnam
  5. Langkawi, Malaysia
  6. Lombok, Indonesia
  7. Palawan, Filipina
  8. Pulau Pinang, Malaysia
  9. Koh Phi Phi, Thailand
  10. Con Dao, Vietnam

Baca : Netizen Kecewa Tasik Chini Tidak Lagi Jadi Pilihan UNESCO Sebagai Rizab Biosfera

Lol

Sumber: LADA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.