in

Sebab Nuklear? Kuasa? Tapi Ini 3 Peperangan Yang Berlaku Hanya Sebab Remeh Antaranya Tembikai

Perang Tembikai

Bila sebut pasal perang, ramai akan membayangkan pertumpahan darah, rampasan kuasa, perebutan wilayah, kehancuran sesuatu kawasan dan banyak lagi impak lain yang akan berlaku.

Tapi pernah tak korang terfikir peperangan berlaku disebabkan benda-benda yang remeh. Di bawah ini admin senaraikan peperangan yang berlaku hanya disebabkan benda ‘kecil’:

#3 Perang Roti

Kisah ini berlaku pada 1837 apabila seorang tukang roti Perancis di Mexico yang bernama Ramontel jadi ‘mangsa’ sewaktu pemilihan presiden negara itu.

Mengikut sumber, kedai roti Ramontel ini musnah dijilat api disebabkan rusuhan yang berlaku di bandarnya.

Royal Artisan Bakery

Jadi Ramontel minta ganti rugi dari kerajaan Mexico, tapi permintaannya tidak diendahkan sebab dia bukan rakyat negara itu. Jadi Ramontel minta tolong kerajaan Perancis.

Tapi bagi kerajaan Perancis, ini merupakan waktu terbaik mereka untuk tuntut hutang lain yang dipinjam Mexico, malangnya Mexico tetap menolak.

Jadinya Perancis membesarkan ‘hal ini’ dengan ‘menyerang’ Mexico dalam perang yang dinamakan ‘Perang Perancis’.

Perang

Akhirnya Perancis berundur pada Mac 1839 selepas perjanjian damai ditandatangani. Mexico berjanji bayar ganti rugi sebanyak 600,000 pesos.

Tapi dikatakan Mexico tak bayar ganti rugi tersebut dan Perancis serang Mexico buat kali kedua pada 1861.

#2 Perang Baldi

Perang ini dinamakan ‘War of The Oaken Bucket’ yang berlaku pada 1325 melibatkan dua buah bandar di Itali iaitu Moderna dan Bologna.

Dikatakan ia berlaku disebabkan tentera dari Modena menyelinap masuk ke Bologna dan mencuri baldi air awam di bandar tersebut.

963Uc8Fs5Th61

Katanya kes itu telah mencalarkan ego Bologna, sampailah tercetus peperangan antara 2 bandar tersebut. (Padahal dikatakan dua bandar tu memang dah bertegang urat).

Tapi ada yang mendakwa baldi yang dicuri tu bukanlah penyebab peperangan. Selepas Moderna menang perang Zappolino menentang Bologna, mereka curi baldi tersebut untuk dijadikan sebagai hadiah perang.

Bagaimanapun, untuk pengetahuan korang perang baldi itu sebenarnya telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa, malah difahamkan baldi tersebut masih kekal di Modena.

 

#1 Perang Tembikai

P2Jawu8A 1280X720 1

Tragedi ini berlaku pada pertengahan abad ke-19, sewaktu pembinaan landasan kereta api Panama.

Ekoran daripada pembinaan landasan tersebut, ramai pendatang Amerika datang ke Panama. Malangnya, projek tersebut gagal untuk memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Malahan makin ramai pula pendatang Amerika di Panama sehingga membuatkan penduduk tempatan ‘tidak puas hati’.

Akhirnya berlakulah ‘Perang Tembikai’ atau lebih tepatnya rusuhan besar, ianya berlaku pada April 1856 apabila pandatang Amerika bernama Jack mencuri sepotong tembikai berharga 5 sen.

Akibat rusuhan itu puluhan terkorban dan ramai yang cedera.

 

Baca : Pelik! Disahkan Maut Dalam Nahas Ngeri Kereta Api Pada Tahun 2010, Dijumpai Masih Hidup 11 Tahun Kemudian

Keretapi

Sumber: Pastry War