in

Pelik! Disahkan Maut Dalam Nahas Ngeri Kereta Api Pada Tahun 2010, Dijumpai Masih Hidup 11 Tahun Kemudian

Fi Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini gempar apabila kisah seorang lelaki berusia 38 tahun yang disahkan maut dalam sebuah kemalangan kereta api pada tahun 2010, ditemui masih hidup 11 tahun kemudian.


Misteri itu dilaporkan terbongkar apabila sebuah agensi penyiasatan di India, The Central Bureau of Investigation (CBI) menahan seorang lelaki bernama Amritavan Chowdhury dari Jorabagan di Kolkata Utara, India Sabtu lalu.

Lelaki tersebut yang berusia 27 tahun ketika kejadian, telah disenarai antara mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut menurut Gulfnews.

Kemalangan ngeri itu dikatakan berpunca daripada kereta api Jnaneswari Express, yang menuju ke Mumbai tergelincir dan bertembung dengan kereta api lain. Peristiwa pada 28 Mei 2010 itu telah mengakibatkan seramai 148 orang penumpang terbunuh.

 

Mati 2

 

Keluarga diberi pampasan

Berdasarkan penemuan awal oleh pegawai CBI, mereka mempunyai alasan bahawa mangsa kemalangan diisytiharkan meninggal dunia pada tarikh tersebut. Oleh itu, keluarga Amritavan telah menerima pampasan sebanyak Rs 400,000 (RM22,000).

Bukan saja itu, adik perempuannya Mahua Pathak turut ditugaskan sebagai ‘pembantu isyarat’ selama bertahun-tahun di sebuah stesen kereta api. Dia telah menerima tugas tersebut dari kerajaan pusat, sebagai sebahagian dari pampasan kematian abangnya.

Selain itu, ibu bapanya menerima ex-gratia (pembayaran oleh sesebuah organisasi) yang juga sebahagian dari pakej pampasan.

 

Keluarga menipu?

Pegawai CBI menyatakan bahawa pihak mereka menjumpai lelaki tersebut selepas sebuah siasatan secara rahsia dilakukan. Selain itu, mereka mendapati terdapat info yang tidak jelas pada laporan DNA yang diterima.

“Kami menerima aduan dari pejabat pengurus besar, cawangan pentadbiran Kereta Api Tenggara pada 11 Ogos tahun lalu berdasarkan sebuah siasatan rahsia yang dilakukan. Penemuan awal menunjukkan bahawa mangsa dikatakan masih hidup.

“Mayat itu diserahkan kepada keluarga setelah memadankan profil DNA. Ini bererti ada gangguan pada laporan DNA kerana sekarang kita dapati orang yang disahkan mati itu masih hidup. Mayat yang diserahkan kepada keluarga itu ternyata bukan Amritavan Chowdhury.” katanya.

Mati 1

Menurut pegawai kanan polis negeri, mayat yang dapat dicam akan diserah kepada keluarga, namun banyak mayat yang tak dapat dikenal pasti identiti. Dalam kes itu, mayat Amritavan telah diserah kepada ahli keluarga, tetapi disyaki keluarganya bersekongkol dengan beberapa pegawai kerajaan.

“Nampaknya keluarga Chowdhury disyaki bersekongkol dengan beberapa pegawai kerajaan telah merosakkan laporan profil DNA. Jadi, itu dapat membuktikan bahawa DNA salah satu mayat mangsa kemalangan kereta api itu sesuai dengan anggota keluarga mereka.”

Pelik bin ajaib betul kan, Macam mana boleh jadi macam tu?

Sumber : Gulfnews, dunyanews

 

Baca : “Ingat dah meninggal” – Keluarga Tak Percaya, Lelaki Hilang Ketika Tsunami 17 Tahun Lepas Ditemui Masih Hidup!

Foot Mati

Sumber: Gulfnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.