in

“Sebab aku doktor, jadi aku kena tebal telinga hadap caci maki pesakit?” – Doktor Kongsi Pengalaman ‘Disekolahkan’ Pesakit Kurang Ajar

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai kisah pernah kita dengari mengenai pengalaman pesakit mendapatkan rawatan mahupun doktor yang merawat pesakit, lebih-lebih lagi di wad kecemasan.


Ada yang mampu menunggu dengan sabar tapi tak kurang juga bersikap kurang ajar.

Bukan first time terima pesakit kurang ajar

Terbaru, seorang doktor sempat berkongsi pengalamannya menghadap kerenah pesakit-pesakit yang enggan bekerjasama semasa menerima rawatan di hospital.

Antaranya kes pesakit yang tak nak mendapatkan rawatan sewajarnya sedangkan ia boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

Doktor 3
sumber: facebook

Ler, dah tu buat apa pergi hospital kalau tak nak dengar cakap doktor? Lepas tu boleh pula larikan diri semata-mata nak elak dapatkan rawatan.

Cadang bil hospital kerajaan naik, baru orang hargai

Dalam keadaan kita sakit, biasalah kadang-kadang tu tak dapat berfikir dengan waras.

Cuma tak salahkan kalau boleh bekerjasama dengan doktor bila nak dapatkan rawatan? Takkan nak naikkan bil baru hormat orang?

Doktor 4
sumber: facebook

Adoi, kalau bayaran hospital kerajaan dinaikkan tak ke susah kepada mereka yang kurang berkemampuan?

Sebab sikap mereka yang biadap macam inilah yang buat orang lain susah kemudian hari. Tolonglah bertimbang rasa!

“They think they are privileged, bayar 1 ringgit..”

Rata-rata netizen juga bersetuju dengan apa diperkatakan oleh doktor berkenaan untuk menaikkan kadar bayaran perkhidmatan hospital.

Takkan sebab hanya membayar harga RM1, boleh sesuka hati nak menengking orang?

Doktor 2.1
sumber: facebook
Doktor
sumber: facebook
Doktor 1
sumber: facebook

Nak naikkan harga setara hospital swasta baru masing-masing nak hormat orang dan beradab?

Sabarlah doktor, manusia ni ada macam-macam ragam.

Doktor bagi jelah perkhidmatan yang terbaik, admin yakin ramai lagi kat luar sana tu yang akan hargai servis petugas-petugas kesihatan.

Baca: “Solat jgn tinggal, aurat jaga, buang ego maafkan semua”-Doktor Kongsi Pengalaman Berdepan Kes Kematian Tak Kenal Usia

Page 2

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.