in

“Rambut dah rupa orang asli” – Siti Sarah Dikecam Lepas ‘Promote’ Shampoo Dengan Menghina Orang Asli

Cats 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belakangan ini, wajah Shuib Sepahtu dan isterinya Siti Sarah sering keluar di sosial media ekoran bisnes minuman Bubblebee mereka yang mendapat sambutan ramai.



Buat anda yang belum tahu, Bubblebee adalah bisnes yang diasaskan oleh Shuib yang mengetengahkan madu dalam produk mereka.

Namun begitu, timbul cerita kurang enak berkenaan Siti Sarah apabila dia tanpa sengaja menjadikan orang asli sebagai perbandingan ketika mempromosikan sebuah produk shampoo.

2 5

Video tersebut dimuat naik oleh akaun Ridz Okomura Salon di laman TikTok yang menunjukkan seorang lelaki sedang bergurau bersama Siti Sarah. Penyanyi itu kemudian mempromosikan produk jualan mereka.

“Seronok sangat kat sini, kena datanglah. Walaupun pakai tudung, kena, sebab nanti buka nanti aib. Rambutnya dah rupa orang asli”

Video yang mendapat lebih 250,000 tontonan itu menerima kecaman netizen yang beranggapan Siti Sarah tidak menjaga sensitiviti kaum lain. Turut tidak terlepas, ada juga netizen yang mempertahankan tindakan Siti Sarah sebagai hanya satu gurauan tanpa niat untuk menghina.

“Lebih kepada perumpamaan”

3 2

“Bukan nak backup tapi…”

B 4

“Tak nampak pun dia hina”

C 2

Apa-apa pun, semoga kita semua tidak lagi menggunakan perkataan yang bakal menyinggung kaum atau bangsa lain. Kita kan 1 Malaysia?

 

BACA“Saya amat menyesal” – Remaja Mohon Maaf Kepada Keluarga Nora Lepas Dua Video Bercium Tular

Cats 3

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.