in

“Saya tidak menghukum Ben. Saya sayangkannya sebagai abang.” – Adik Benjy Luah Perasaan

Benjamin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan Benjy, anak kepada dramatis terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty? Berita berhubung hukuman penjara selama 11 tahun yang dikenakan terhadapnya akibat kesalahan memiliki dadah amat mengejutkan ramai pihak.


Benjy1
sumber: fmt

Tidak cukup dengan itu, adik kepada pelakon Benjy, Elza Irdalynna turut meluahkan perasaan atas apa yang menimpa abangnya selepas dijatuhi hukuman penjara pada 18 Oktober lalu oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia.

Menurut Elza di laman Twitter, Benjy tetap darah dagingnya walaupun abangnya telah melakukan kesalahan dan sebagai seorang adik, dia tidak menghukum Benjy kerana kesalahannya itu.

Dmfollfumait7Db
sumber: twitter

Elza menulis,

“Saya tidak menghukum Ben (panggilan untuk Benjy) kerana kesalahannya. Saya sayangkannya sebagai abang. Saya maafkan dia sebagai keluarga saya.

“Dia masih mempunyai masa yang panjang untuk menebus kesalahannya dan sebagai adik saya akan tetap berada di sini sehingga ke akhirnya.”

Elza Benjy
sumber: mstar

Malah melalui coretan perasaannya, Elza memberitahu, dia masih mengingati peristiwa ketika Benjy sebagai seorang abang yang sering berkorban demi menjaganya dan adik mereka, Inessa Irdayanty ketika mereka masih kecil.

“Dia adalah abang yang menjaga saya dan adik ketika ibu bapa kami keluar bekerja. Sejak kecil dia sentiasa menjadi ketua keluarga dan berkorban masa bersama rakan-rakannya demi menjaga kami.

“Ben, untuk semua kelemahan dan keputusan yang salah, tetap abang saya. Dia mempertahankan apabila saya memerlukannya, dia adalah pelindung adik-adiknya.

“Saya rasa lebih berani apabila tahu dia adalah abang saya. Ben, untuk kesalahannya, dia tetap ahli keluarga saya.

“Tidak kira berapa tahun, bukan 14 atau 11. Ia tidak akan memisahkan ikatan kami adik-beradik,” tulis Elza.

Hi 02.1
sumber: utusan online

Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim telah didapati bersalah kerana memiliki 4.5 gram dadah jenis methaphetamine. Dia juga turut dikenakan denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) atas kesalahan tersebut, lapor mStar.

Benjy telah ditahan pegawai Kastam dan Eksais Indonesia sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara pada 18 April lalu.

Semoga Benjy insaf atas segala kesalahannya. Syukurlah dia masih punya adik beradik yang masih sayangkannya. 

Baca: Benjy Dihukum Penjara 14 Tahun, Denda RM250,000 Kerana Seludup Dadah Melalui Dubur

Benjy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.