in

“Buang Ajai sebagai juri” – Lebih 4,000 Netizen Tandatangan Petisyen Gugurkan Ajai Sebagai Juri Big Stage

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak konsert pertama Big Stage 2020 ditayangkan malam tadi, ramai netizen menyatakan rasa tak puas hati dorang terhadap penilaian Ajai sebagai juri tetap disamping Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir kepada peserta-peserta ini semalam.


Antara sebab netizen tak puas hati adalah kerana cara Ajai memberikan komen yang dianggap kasar serta markah yang diberikan seperti tak relevan.

A2 2

Antara komen yang diberikan oleh bekas penyanyi ini adalah:

Awak sedap mata memandang, tapi tak sedap didengar.”

Biar awak diam pun takpe, sampai awak hum dapat the right key. Atau awak pengsan lebih bagus.”

Ekoran ini, seorang netizen telah membuat satu petisyen kepada Astro bertajuk ‘Remove Ajai as jury member – Big Stage 2020’ untuk menggugurkan Ajai sebagai juri tetap Big Stage 2020.

Screenshot 2020 08 17 At 2.58.08 Pm

Dekat bawah ni adalah petikan dalam petisyen yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu:

Dear Ajai dan Astro,

Awak menghakimi rancangan hiburan yang terdiri dari peserta muda dan baru. Apa yang awak harap dari mereka? Persembahan setaraf penyanyi antarabangsa pada minggu pertama?

Awak boleh mengajar peserta-peserta ini tapi bukan jadi terlalu kritikal PADA MINGGU PERTAMA ini bukan caranya. Bagi fakta tak salah, mengajar pun tak salah, tapi kalau dah sampai tahap memalukan orang dengan bagi komen kurang ajar tu dah salah.

“awak pengsan lebih baik” bukan mengajar.

Memilih ajai sebagai salah seorang juri pertandingan nyanyian adalah kesalahan besar. Ingat tak apa yang dia buat kepada Ernie Zakri? Kita tak nak pisang berbuah dua kali.

A6

Kalau korang nak tahu, pada AJL lalu, ramai merasakan Ernie Zakri tak dapat meraih kemenangan untuk vokal terbaik adalah disebabkan Ajai berat sebelah.

Screenshot 2020 08 17 At 3.01.10 Pm

Petisyen yang dibuat ini telah pun mendapat tandangan sebanyak 4,260 dan angka ini meningkat setiap saat.

Bagi pihak Ajai pula, dia mengatakan tujuan dia memberikan markah yang sikit ini adalah untuk memberikan pengajaran kepada peserta-peserta ini.

Too bad benda tu terjadi pada dia hari ini. Mungkin minggu depan dia akan belajar.”

Tambahnya lagi, dia tahu tindakannya ini akan dikritik netizen tapi dia tak kisah kerana dia hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang juri.

 

Baca: “Saya tahu orang akan benci pada saya tapi saya tak peduli” – Ajai Dedah Kalau Boleh Nak Bagi Markah 0

Ajai2

Sumber: YouTube
Sumber: change.org
Sumber: YouTube
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.