in

“Saya takut nak tengok mukanya” – Aneh! Wanita ‘Bangun Balik’ Selepas Disahkan Meninggal Sebab Covid-19 Di Ecuador

Untitled Design 3 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita berumur 74 tahun dari Guayaquil, Ecuador ‘bangun balik’ selepas di sahkan mati disebabkan Coronavirus, sebenarnya salah satu kesilapan hospital,


Menurut BBC, Alba Maruri dilaporkan telah tiga minggu koma dan disahkan meniggal pada 27 Mac lalu. Susulan itu, pihak hospital telah memberi abu mayat yang dipercayai abu Alba Maruri pada keluarganya.

Ketika gambar mayat ditunjuk dalam posisi mengiring, keluarganya percaya bahawa itu adalah Alba Maruri kerana rambut dan tona kulit mereka sama.

Baru-baru ini pihak hospital telah memohon maaf kepada keluarga tersebut, kerana mereka tersalah rekod kematian Alba Maruri.

Hal ini berlaku kerana, Ecuador sedang mengalami serangan pandemik covid-19 yang teruk, dengan kes keseluruhan sebanyak 22,000 dan kes kematian 600 orang.

Jadi tu abu siapa?

F1 4

Difahamkan, wanita itu sebenarnya tidak menyedarkan diri tiga minggu. Selepas dia sedar dia meminta para doktor menelefon adik perempuannya.

Pada mulanya doktor rasa curiga juga, bila wanita ini menyatakan nama dan alamat tempat tinggal baru mereka percaya yang ini adalah Alba Maruri.

Adik Alba Maruri, Aura memberitahu pihak hospital memaklumkan kakaknya kini dalam keadaan baik dan akan dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi.

Ini adalah suatu keajaiban. Setelah hampir sebulan kami fikir dia telah meninggal dunia, tapi rupanya itu adalah abu mayat orang lain,” – Aura

Turut diberitahu, abu mayat yang tidak dikenali itu masih lagi mereka simpan sehingga kini.

 

Baca: “Kau patah balik!” –  [Video] Orang Kampung Memberontak Halau Ambulans Nak Kebumikan Mayat Pesakit Covid-19 Sebab Takut Jangkit

Capture 20200427 152857 Crop

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.