“Saya tak tahu pasal Sajat dan kalau boleh tak nak ambil tahu” – Adik Perempuan Sajat Bersuara Isu ‘Kehilangan’ Abang

Tambah ke Sumber Pilihan
“Saya tak tahu pasal Sajat dan kalau boleh tak nak ambil tahu” – Adik Perempuan Sajat Bersuara Isu ‘Kehilangan’ Abang

Seperti yang semua sedia maklum, sehingga kini, usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih belum ditemui pihak berkuasa walaupun dia kelihatan aktif di Instagram.

Dalam pada itu, beberapa hari lalu viral pula TikTok adik perempuan Sajat bernama Mustika yang mana telah mencuri perhatian netizen dek kerana wajahnya yang sangat seiras dengan rupa abangnya.


Di sebalik video parodi tersebut, adik perempuan Sajat, Nur Mustika Kamaruzzaman, 33, telah meluahkan isi hatinya berkenaan isu yang berkaitan abangnya.

Menurut mStar, Mustika yang sangat seiras dengan Sajat ini sudah terlalu penat melayan pertanyaan netizen berkenaan jantina abangnya itu.

Memang penat nak jawab soalan macam ni, sejak Sajat famous yang paling terkesan nak menjawab soalan itu adalah saya sebab muka kami serupa.

“Orang sampai tak tahu yang Sajat ada adik-beradik lain sebab muka mereka tak sama macam saya,” katanya.

“Saya tak tahu pasal Sajat” 

Malah menerusi sesi temubualnya dengan wartawan dan dimuat naik TikTok mStar, Mustika juga mengakui yang dia sendiri tidak tahu di mana Sajat dan kalau boleh dia tidak mahu ambil tahu mengenai hal tersebut kerana dia juga mempunyai kehidupannya sendiri.

“Saya tak tahu fasal Sajat dan kalau boleh tak nak ambil tahu, bukan sebab tak kisah pasal dia… tetapi saya ada kehidupan saya sendiri.

“Apa yang dia tengah lalui itu terlalu besar, mungkin hanya dia sahaja yang boleh selesaikan,” katanya.

43227126 1962162460539078 6744820221861539982 NSumber: Blog

Namun antara perkara yang membuatkan Mustika tersentuh ialah keadaan anak-anak angkat abangnya yang sangat merindukan Sajat.

“Ika kesian dengan anak-anak dia. Disebabkan Ika muka akan-akan dia, anak-anak dia tengok je Ika. 

“Ika akan peluk Syaza (anak angkat Sajat). Ika sedih tengok budak-budak tu je sebab Ika juga seorang mak,” katanya.

Apa-apapun harapnya Sajat munculkanlah diri tak lama lagi sebab kesian juga admin dengar pasal anak angkat dia ni. Mesti dorang rindukan Sajat tu. 

Baca: Netizen Akhirnya Berjaya Bongkar ‘Lokasi’ Sajat, Rupa-rupanya Ada ‘Hint’ Dari Gambar IG!

Sajatz

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Saya tak tahu pasal Sajat dan kalau boleh tak nak ambil tahu” – Adik Perempuan Sajat Bersuara Isu ‘Kehilangan’ Abang
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/saya-tak-tahu-pasal-sajat-dan-kalau-boleh-tak-nak-ambil-tahu-adik-perempuan-sajat-bersuara-isu-kehilangan-abang/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM