in

“Saya tak tahu apa salah saya pada awak” – Andi Bernadee Disihir, Jumpa Katak Kering Atas Bumbung & Tekak Muntah Paku

Andi Bernadee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia serba moden ini, jangan sangka dah tak ada orang masih amalkan sihir ya. Malah perkara ini juga kerap dilakukan untuk melempiaskan rasa marah, dendam dan tidak puas hati akan kejayaan seseorang. Aduhai…


Menerusi perkongsian penyanyi dan pelakon Andi Bernadee di Instagram, dia mendedahkan telah menjadi mangsa sihir apabila menemui dua objek misteri iaitu seekor katak kering di atas bumbung rumahnya dan dua batang paku karat yang dikeluarkan dari tekak. 

Walau bagaimanapun, Andi dalam kapsyen posting tersebut tidak mendedahkan siapa orangnya dan hanya tertanya-tanya apakah salahnya sehingga sanggup disihir oleh orang tersebut.

Menurut IG story penyanyi lagu Donde ini, akibat kejadian berkenaan ingatannya juga hilang dan dia memohon waktu untuk berehat dan bertenang kerana bimbang kejadian tersebut akan kembali berulang semula.

Andi 2

Andi 1

 

“Ini bukan kali pertama saya kena sihir” 

Pun begitu, menurut Berita Harian, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile memberitahu kejadian disihir ini bukanlah kali pertama berlaku kepadanya.

Pernah sekali dia terkena sihir sehingga terpaksa berubat ke Indonesia dan sebelum ini juga dia pernah termakan benda ‘kotor’ yang diletakkan dalam makanannya. Allah… 

“Ini bukan kali pertama saya kena sihir. Saya penat merasa kesakitan yang dahsyat sekitar dua tiga tahun lalu. Hinggakan saya terpaksa pergi berubat di Jogjakarta, Indonesia.

“Sebelum ini, saya pernah termakan benda kotor yang diletak dalam makanan. Dan, saya terkena lagi beberapa hari lalu buat kali kedua. Rakan serumah terpaksa memanggil ustaz untuk mengubati saya selepas Asar, petang semalam.

“Saya susah nak lelap mata serangan kali ini. Mata rasa nak tutup, tetapi tidak dapat tidur. Saya berjaga sepanjang malam dan hanya tidur pada sebelah pagi. Selera makan bertambah hingga perut menjadi buncit ,” jelasnya.

Malah katanya lagi, dia telah menjadi mangsa dengki seorang wanita yang katanya pernah bekerja dengannya dulu.

Sejujurnya, saya tak mahu percaya semua ini. Saya cuba kuat, namun tewas juga. Kali ini, saya tak sedar diri ketika dirasuk hingga ustaz datang mengubati.

“Rakan serumah memaklumkan saya meraung dan memekak tak ingat dunia. Ustaz memaklumkan wanita yang dimaksudkan pernah bekerja dengan saya. Cuma, tidak dijelaskan sama ada di kalangan artis atau sebaliknya.

“Ustaz akan datang berubat ke rumah selama tiga hari. Setakat ini, insya-Allah saya semakin okay,” katanya.

Andi 3

Andi yang kini terkenal dalam drama Melastik Ke Hatimu juga berkata, dia jenis yang tidak suka bersosial dan kini banyak menghabiskan masa di rumah.

Dia juga tidak tahu apa salahnya sehingga diperlakukan begini, namun dia menganggap ini ujian daripada Allah.

Marilah kita doakan semoga Andi cepat sembuh ya… 

Baca: “Sekiranya ada tidak puas hati marilah berjumpa” – Jumpa 3 Objek Misteri di Rumah, Aeril Zafrel Sekeluarga Jadi ‘Target’ Sihir?

Aeril

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.