in

“Saya tak setuju wanita Islam dipaksa pakai tudung”- Latheefa Koya

Featured Image

“Hanya semata-mata seorang tak pakai tudung – adakah dia akan masuk neraka? Adakah dia jadi murtad? adakah dia jadi seorang perempuan yang jalang?

Itu merupakan kenyataan yang dikeluarkan aktivis Latheefa Koya berhubung peringatan supaya orang ramai tidak memaksa wanita untuk memakai tudung.

 

Namun SAYA LANGSUNG TIDAK SETUJU orang dipaksa pakai tudung! Itu bukan cara Islam

Menerusi catatan di facebooknya Latheefa yang juga seorang peguam hak asasi berkata tiada paksaan dalam islam berkaitan perkara berkenaan.

https://www.facebook.com/latheefa.koya.9/posts/652331788540086

“Saya langsung tidak setuju orang dipaksa pakai tudung. Itu bukan cara Islam. Tiada paksaan dalam Islam. Mana pergi prinsip ini.”

“Come on lah, itu adalah satu pemikiran ekstremis,”

Malah Latheefa berkata dia juga tidak setuju sekiranya pengajaran islam semata-mata berasaskan pemakaian.

Malah dia juga mengeluarkan pertanyaan adakah dengan memakai tudung itu sudah menunjukkan akhlak dan pekerti mulia seseorang?

Kita tahu zaman ini, ianya mengambil lebih dari hanya satu helai kain atas kepala untuk mencerminkan akhlak yang mulia. Bukan sekadar tudung sahaja. Biarlah orang nak bincang kenapa dia buka tudung atau pakai tudung.”

 

Janganlah mencerminkan orang Islam itu terlalu rapuh dan obses kepada bentuk badan, dan rambut, dan seks

Memetik mkini, isu tudung ini timbul apabila aktivis Maryam Lee Abdullah sewaktu melancarkan bukunya yang bertajuk ‘Unveiling Choice‘ dan dalam forumnya ada membincangkan mengenai isu perempuan melayu yang tidak lagi bertudung di Petaling Jaya.

Susulan daripada itu, Menteri Agama Mujahid Yusuf Rawa mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menyiasat forum berkenaan.

Qww
Sumber : malaysia kini

Weee

So mengulas mengenai forum tersebut, Latheefa berkata tidak bermakna orang yang dengar atau hadiri forum itu akan terus luntur imannya dan membuka tudung.

“Biar seseorang wanita itu bebas memikir dan memilih sama dia mahu berhijab atau tidak.”

“Janganlah mencerminkan orang Islam itu terlalu rapuh dan obses kepada bentuk badan, dan rambut, dan seks.”

Malah dalam postingnya di facebook itu di sempat bercerita mengenai kisahnya sebelum memakai tudung.

Justeru dia berpendapat memakai tudung itu tidak perlu dipaksa sebaliknya pilihan diatas tangan wanita dan individu itu sendiri.

Baca : Lagi 6 kaunter elok sewa buat jual tudung Lelaki Naik Hantu Lepas Tunggu 4 Jam Kat Pejabat Kerajaan, Disuruh Pulang Sebab Kurang Pekerja

Jpj