in

“Lagi 6 kaunter elok sewa buat jual tudung” – Lelaki Naik Hantu Lepas Tunggu 4 Jam Kat Pejabat Kerajaan, Disuruh Pulang Sebab Kurang Pekerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana orang pun admin rasa yang pernah berurusan dengan pegawai kerajaan mesti bengang bab menunggu dan kecepatan mereka buat kerja semasa di pejabat. Tapi tahap kesabaran orang ada limit tau. Jangan sampai meletop macam abang kat bawah ni.


Menerusi satu perkongsian di Twitter, sebuah video viral mengenai seorang lelaki yang dilihat mengamuk pada pegawai kerajaan di sebuah pejabat kerajaan yang tidak diketahui. Ini apa yang berlaku… 

 

Letih menunggu 4 jam, disuruh pulang pulak?

Menurut tweet tersebut, lelaki yang tidak dikenali ni katanya telah menunggu di pejabat kerajaan tersebut lebih kurang 4 jam iaitu dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Tapi bila sampai gilirannya, dia disuruh pulang pula sebab kakitangan kerajaan katanya tak cukup orang.

Dan yang lagi best, pegawai kerajaan tu cakap sekarang ialah masa break mereka walaupun pada masa kejadian ramai je pegawai lain yang dilihat berjalan ke sana sini tanpa ada apa-apa kerja. Nah tengok video abang ni mengamuk.

https://twitter.com/HilmiAdi/status/1100544673473425408

 

“Boleh faham perasaan dia, rasa dia pun lunch tak lagi kot. Sesiapa tunggu 4 jam dengan perut kosong boleh jadi naga ooo…” 

Rata-rata netizen yang melihat video tu mengakui sesiapa pun yang berada di tempat lelaki tu pasti hangin dan mengamuk macam naga. Admin pun boleh berubah jadi taufan kot. Lama tu 4 jam tetiba suruh balik.

Sumber: Twitter

 

“Jenis kaunter ada 10 yang bukak 4, kaunter lagi 6 tu eloklah sewakan kepada peniaga kecil kecilan. Jual tudung ke, goreng pisang ke…”  

Sumber: Twitter

 

“Lain kali pegawai kerajaan yang bijaksana ni dah boleh agak, pukul berapa nak break dan buat announcement”

Sumber: Twitter

Buat masa ini tidak diketahui di mana situasi di atas berlaku dan kebanyakan netizen juga menasihati lelaki terbabit untuk buat aduan akan sikap pegawai yang bertugas di pejabat kerajaan tersebut.

Harap Tun M boleh tegur dan ubah mentaliti pegawai seperti ini. 

Baca: “Ko ni patut blah dari Ipoh” – Netizen Naik Angin Pemandu Teksi Maki Lelaki Sebab Tempah Grab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.