in

“Saya tak mampu lagi” – Kerap Tidur Lewat & Banyak Beban Kerja Punca Kematian Pelakon Kacak, Godfrey Gao

Meninggal Sudah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ni macam banyak pula berita kematian melibatkan artis luar negara kan? Yang terbaru semalam, pelakon dan model antarabangsa, Godfrey Gao dilaporkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.


Kematian aktor kacak yang berasal dari Taiwan ni memang mengejutkan peminatnya terutama yang minat menonton filem Hollywood tahun 2013, The Mortal Instruments: City Of Bones.

View this post on Instagram

? SENSE Cover September 2019

A post shared by Godfrey Gao (@godfreygao) on

 

Sakit jantung sebab tak cukup tidur, terlalu banyak kerja? 

Menurut Astro AWANI, Pengerusi Jabatan Perubatan Kecemasan di Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan, Fang Cheng-Chung berkata, Godfrey kemungkinan besar meninggal dunia akibat gaya hidupnya yang terlalu sibuk dengan kerja dan gemar berjaga hingga lewat malam. 

Gaya hidup begini katanya boleh menyebabkan stres melampau dan akhirnya akan tingkat hormon stres yang membawa kepada tekanan darah tinggi, gangguan aliran darah dan gangguan pada rentak denyutan jantung. Aduhai… 

Malah tabiat tidur lewat dalam tempoh jangka masa yang panjang juga boleh akibatkan kardiovaskular akut walaupun individu tu jenis yang amalkan senaman dan makanan seimbang.

 

“Saya sudah tidak mampu lakukannya lagi” – Godfrey Gao

Aktor kelahiran Taiwan-Kanada yang mana bapanya berasal dari Taiwan dan ibunya pula kelahiran Malaysia yang berketurunan Peranakan ini disahkan meninggal dunia semasa jalani penggambaran bagi program realiti popular “Chase Me”.

“Saya sudah tidak mampu lakukannya lagi,” merupakan kata-kata akhirnya sebelum berhenti berlari dan rebah tidak sedarkan diri sekitar jam 2 pagi ketika rakaman rancangan tu berlangsung.

View this post on Instagram

?Pre-Gala outfit snap without flash ?For the complete video follow my IGTV ? #yoyuulab #marinedrive360tux #illuminateyournight #limitededition

A post shared by Godfrey Gao (@godfreygao) on

Laporan juga menunjukkan jantungnya terhenti seketika tetapi kembali berdenyut sebelum aktor tersebut dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Malangnya selepas rawatan intensif selama 3 jam, Godfrey, 35, gagal dipulihkan dan meninggal dunia.

Berehatlah kalau penat, jangan force diri sendiri buat perkara yang memudaratkan diri. Peringatan buat semua. 

Baca: “Cikgu tak kasi berhenti” – Murid 14 Tahun Maut Lepas Kena Denda Lari Padang Sebab Datang Lambat

Padang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.