in

“Cikgu tak kasi berhenti” – Murid 14 Tahun Maut Lepas Kena Denda lari Padang Sebab Datang Lambat

Pelajarmaut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelajar berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat didenda oleh gurunya untuk berlari mengelilingi padang sebab hadir lewat ke sekolah.


Pelajar yang dikenali sebagai Fanli Lahingide ini difahamkan ada meminta ihsan daripada gurunya tapi dia tak bagi.

 

Dah mengeluh penat minta rehat tapi cikgu tak bagi

Siswa Smp Di Manado Tewas
Sumber : tribunnews

Tanpa diduga Fanli maut disebabkan denda tersebut, kejadian berlaku semalam (1/10/2019) di Indonesia. Dia dikatakan sudah kelewatan buat kali kedua.

Jadi, gurunya arahkan Fandi dan murid-murid lain yang hadir lewat untuk berlari di padang sekolah sejauh 120 meter.

Tak sempat sampai satu pusingan, Fanli dilihat keletihan dan lelah, disebabkan tolakan gurunya untuk minta rehat itulah menyebabkan Fanli terjatuh dan tak sedarkan diri.

Fanli dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia. Menurut Tribun, guru menjelaskan bahawa ia memang dah jadi peraturan di sekolah bahawa pelajar yang hadir lewat harus didenda,

“Bukan hanya Fanli sendiri yang didenda, ada beberapa siswa lain juga yang didenda oleh guru karena terlambat datang ke sekolah”

Keluarga Fanli telah pun membuat laporan polis berkenaan dengan kes ini. Pihak polis sedang membuat penyiasatan berkenaan dengan punca kematian Fanli.

“Korban sudah di autopsi, namun hasil autopsi nanti keluar seminggu setelah dilakukan autopsi.”

Hurm, tak salah nak mendidik anak murid dengan cara tegas, tapi kena faham keadaan murid tu. Tak dinafikan murid sekarang manja, tapi kalau mendatangkan bahaya baik kena berpada-pada dalam membuat tindakan.

 

Baca : Pelajar 17 Tahun Merokok di Balkoni Hotel Maut Terjatuh Dari Tingkat 6

Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.