“Saya seorang patriotik” – Priyanka Chopra Dilabel Hipokrit Sokong Perang India & Pakistan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah dikecam dengan kenyataannya yang dianggap seperti tidak serupa bikin, bintang Bollywood terkemuka Priyanka Chopra sekali lagi dikecam kerana kenyataannya yang telah menimbulkan kemarahan umum.

 

Orang marah sokong negara sendiri sebab….

Kisahnya 27 Februari 2019 yang lepas, Priyanka ada muat naik satu pos di Twitternya menunjukkan tanda sokongan dia kepada negaranya. Tetapi, tweet tersebut telah mendatangkan rasa kurang senang peminatnya.

Jai Hind atau maksunya “Long Live India”. Tweet itu mendatangkan rasa kurang senang orang ramai kerana menurut sumber, ia dimuat naik pada hari yang sama dimana India melancarkan perang nuklear terhadap Pakistan. 

Menurut sumber lagi, selain namanya yang terkemuka dalam industri hiburan Bollywood, Priyanka lahir daripada keluarga yang berkhidmat sebagai anggatan tentera di India

Jadi, sah-sah dia akan sokornag negara, tapi kenapa orang marah?

Untuk pengetahuan, Priyanka merupakan duta untuk Muhibbah Tabung Kanak Kanak Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (Unicef). Disebabkan itu, dia sepatutnya bersikap lebih neutral dalam bab-bab ini.

Susulan dengan kenyataannya di Twitter, dia dituduh hipokrit kerana dianggap bercanggah dengan tanggungjawabnya untuk menyebarkan mesej keamanan.

 

Dikecam oleh wanita Pakistan dalam majlis kecantikan

Menurut Utusan, baru-baru ini Priyanka diundang menjadi seorang panel dalam satu talk di mahlis kecantikan, Beautycon di Los Angeles.

BBC melaporkan, ada seorang wanita warga Pakistan-Amerika, Ayesha Malik melontarkan soalan mengenai kerelevanan Priyangka menbuat kenyataan yang mengalakkan perang antara kedai-dua negara berjiran di Twitternya.

Pertikaman lidah di antara Ayesha dan Priyanka sempat dirakam oleh para hadirin dalam majlis tersebut.

 

Adalah sukar untuk mempercayai kata-kata kamu mengenai kemanusiaan, sebagai negara berjiran, rakyat Pakistan, saya tahu kamu seorang yang hipokrit.” – Ayesha

Tambah Ayisha lagi,

 Kamu adalah Duta Keamanan Unicef dan menggalakkan perang nuklear terhadap Pakistan. Tiada pihak yang menang dalam hal ini,”

Dalam kemarahan yang membuak-buak dilemparkan kepada Priyanka mikrofon itu ‘dirampas’  sebelum Priyangka menjawab kepada persoalan yang ditimbulkan.

Priyanka menjelaskan dia mempunyai banyak rakan dari Pakistan dan dia sendiri tidak menyukai perang tetapi mengakui dirinya seorang yang patriotik.

 

War is not something I am really fond of, but I am patriotic”Priyanka

Priyanka juga ada membuat permohonan maaf jika kata-katanya dalam tweet tersebut telah mengguris hati segelintir pihak. Korang boleh tengok video penuh dibawah.

Sebelum ini Priyanka pernah dilabel hipokrit berikutan dengan kenyataannya dalam menyampaikan khidmat pesanan awam untuk tidak bermain mercun ketika musim perayaan, tapi dalam majlis perkahwinannya bersama bintang Hollywood Nick Jonas 1 Disember 2018 lalu, dia membuat pertunjukan bunga api.

 

 

Baca : Majlis Persandingan Priyanka Chopra & Nick Jonas Dikecam Oleh Masyarakat India

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?