in

“Saya respect Dato Siti, tapi…”

Page Ct 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan pengaruh yang ada, artis dan selebriti sentiasa menjadi target para peniaga untuk membantu dalam mempromosikan produk kesihatan mereka.


Namun, kini sudah semakin ramai pakar perubatan bertauliah yang bersuara bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai implikasi pengambilan suplemen tersebut. Tapi, nampaknya masih ada segelintir selebriti yang tidak mengambil kira saranan mereka.

Menurut Astro Awani, pelatih jurubedah Dr Amalina Che Bakri dah cabar mereka yang mendakwa cukup arif dalam bidang perubatan berkaitan supplemen serta ubat berunsur kecantikan untuk berdebat dengannya bagi membuktikan kesahihan dan keberkesanan produk mereka.

T1 1
sumber: twitter

Amalina berkata,

“Saya gembira nak berdebat dengan pengasas produk kecantikan, pembekal, influencer media sosial dan selebriti yang promosikan produk-produk ni. Bring it on!”

Dr Amalina berkata sebegitu selepas seorang individu mengatakan perlu ada saluran TV yang menyajikan perkara berkaitan perubatan bagi mendidik rakyat.

T2 1
sumber: twitter

Selain itu, dia turut meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa selebriti yang turut selamba mempromosikan produk tanpa usul periksa selepas seorang individu berkongsikan tentang produk yang turut dijual Dato’ Siti Nurhaliza dan Elfira Loy.

T3
sumber: astro awani
T4 1
sumber: astro awani

Ujarnya lagi suplemen dan ubat yang diambil perlu mendapat konsultasi doktor yang bertauliah terlebih dahulu.

“Tindakan menjual, mempromosi dan mempengaruhi pengguna membeli ubat dan suplemen di atas talian tanpa memikirkan kesan sampingan, adalah tindakan tidak bertanggungjawab.”

Dia juga berharap agar influencer media sosial akan elakkan daripada mempromosi produk yang mungkin boleh memberikan kesan buruk kepada pengguna.

Sekarang ni kena jaga apa yang kita makan. Nanti tak pasal-pasal rosak buah pinggang.

Baca: Elfira Loy Tetap Pertahankan keberkesanan Ubat Peninggi! Baca Apa Dia Katakan!

Page El2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.