in

Elfira Loy Tetap Pertahankan Keberkesanan Ubat Peninggi?! Baca Apa Dia Katakan!

Page El2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru semalam jadi isu hangat sebab Hajah Neelofa promosi supplemen tinggikan badan dekat Instagram. Yelah, semua mempersoalkan sebab mana ada produk yang boleh menambah ketinggian.


Tapi dalam orang marah-marah Neelofa ada seorang selebriti lain iaitu Elfira Loy yang menyokong kerana katanya dia dah cuba produk ni dan ianya berkesan. Ye ke tuu?

El11
sumber: instagram

 

Doktor bagi nasihat mengikut fakta

Kalau korang follow Dr Beni Rusani di Twitter, beliau ada katakan yang ketinggian manusia akan berhenti pada sesuatu tahap sebab masa tu semua tulang dan fused, berbeza macam berat yang boleh turun naik. Tapi bila dah semakin berumur, manusia akan semakin pendek.

El1
sumber: twitter

 

Elfira bagi real feedback sebagai consumer

Tapi rupanya, Elfira Loy tak berpuas hati dengan explanation Dr. Beni sebab dia kata dia sendiri dah menggunakan produk tersebut. El juga mengatakan yang ada doktor lain yang mengatakan manusia boleh tambah tinggi badan walaupun dah menjangkau umur lebih 20 tahun.

El2
sumber: twitter

Tak mudah melatah, Dr. Beni menerima dan menghormati pendapat Elfira serta mengatakan mungkin result lain mengikut orang.

El3
sumber: twitter

 

Elfira masih tak puas hati dan perli Dr. Beni

Elfira Loy juga upload gambar buku tulisan Dr. Beni apabila ada netizen yang kecamnya kerana isu ini. Tapi yang membuat netizen lagi geram, bila dia tweet yang dia sudah tak meminati buku tersebut. 

El5
sumber: twitter

Oh, tak lupa juga yang dia mengata Doktor Beni sebab kononnya nak perbanyakkan retweet dan nak menuduhnya pula.

El6
sumber: twitter

Ramai yang baca respon Elfira ni jadi bengang lah kan. Yelah si Elfira kemain tak nak dengar teguran seorang doktor siap kata doktor tu nak kan retweet.

El7
sumber: twitter

 

Elfira masih pegang teguh dengan pendirian

Bila ramai pulak yang kecam dia, Elfira masih tak berganjak dengan pendiriannya mengenai makanan tambahan untuk meninggikan badan tu.

El8
sumber: twitter
El9
sumber: twitter
E2 1
sumber: twitter

Okay Elfira, chill. Biasalah tu dah jadi artis, kata apa pun orang akan mengata jugak. Mungkin kalau tak nak benda ni berlarutan, tak perlu ulas sebab nanti sendiri yang sakit hati.

Apa pendapat korang?

Baca: “Seriously Lofa?” _ Netizen Kecam Neelofa Promosi Pruduk FAKE Yang Boleh Tinggikan Badan

Under Lopak 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.