in

“Saya percaya anda semua golongan terpelajar dan beragama tapi janganlah…” – Doktor Share Pengalaman Kematian Kanak-kanak Tak Diberi Vaksin

Baka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sampai sekarang isu pengambilan vaksin masih hangat diperdebatkan sama ada di media sosial atau pun dalam media arus perdana.


Wujud golongan yang menyokong, malah juga golongan yang menentang biarpun ramai yang bersetuju dengan pengambilan vaksin kepada kanak-kanak bagi meransang sistem daya lawan dalam tubuh.

Namun bagi golongan anti vaksin ini, mereka menolak pemberian vaksin kerana takut ia mengandungi DNA khinzir selain percaya vaksin boleh menyebabkan Autism dan kesan negatif lain..pulak dah, mana satu ni?

Tapi perkongsian salah seorang doktor di salah sebuah hospital di Skudai ini, Fatinah Abdul Salam yang berkongsi pengalamannya berdepan beberapa kes kematian kanak-kanak di ICU kerana tidak mendapat suntikan vaksin, sedikit sebanyak diharap dapat menjelaskan kepada kita akan situasi yang sebenar.

 

Saya saksikan kes demi kes.. Makin lama makin banyak.. Saya jadi kaget..

52606045 10157254689098442 1084509955551133696 N

Anggaplah saya seorang saksi, bukan seorang doktor, bersiap sedialah, entri saya panjang

Inilah dia rupa diphteria antitoksin, 1 botol hampir 500 ringgit, kami gunakan 4 botol untuk satu = RM 2000. Dan tak semua hospital ada antitoksin ini.. Dengan harapan dapat menyahkan toksin yg dihasilkn oleh corynebacterium diphteriae species. Atau mudah kita panggil diphteria.

Saya telah bekerja di hospital selatan tanah air ini sejak 2017. Saya saksikan kes demi kes.. Makin lama makin banyak.. Saya jadi kaget.. Tak tahulah, mungkin sepanjang 9 tahun belajar dan menjadi doktor pelatih di hospital universiti, katil limited, jadi mungkin sbb tu x byk kes kami dapat.. tiada langsung kes diphteria,

pernah juga buat attachment di h. Teluk intan 1 bulan, slim river 1 bulan, HKL 1 bulan.. Satu pun xde.. Mungkin 1 bulan tu tempoh yg sekejap.. Dan mungkin tempat kerja saya sekarang adalah pusat rujukan di selatan, sebab tu kes diterima lebih banyak.. Ataupun kadar antivaksin lebih banyak.. Baiklah, wallahualam.. Saya mahu bersangka baik sahaja.

 

“3 meninggal dalam masa 2-4 hari di icu kerana tidak diberi vaksin”

Vaksin Kbknews.id

2018, saya saksikan 4 kes diphteria.. Semua tidak diberikan vaksin.. 3 meninggal dalam masa 2-4 hari di icu, semua lingkungan umur kecik2 walaupun antitoksin telah diberikan.. Cuma 1 sahaja hidup, budak umur lingkungan 9-10 tahun tetapi throat swabnye pseudodiphteria, juga menerima antitoksin.. 

Saya jadi risau kerana kini, pada tanggal 18/2/2019, datang lagi satu kes diphteria, confirmed.. Tetapi apa yg saya lebih risaukan adalah jarak kes sekarang dan kes lepas adalah 2 bulan.. Jika anda masih ingat tular di akhbar harian mengenai bayi meninggal disebabkan oleh diphteria adalah bulan 10, bulan 12 kami terima lg dan kemudian kanak2 9-10 tahun tu, kes terbaru kami pada bulan ini.. Lebih2 lagi tular gerakan anti-vaksin lebih banyak di area skudai.. 

 

Janganlah anda menafikan hak2 org lain hanya kerana pendapat atau “right” anda

Vaksin 1

Oh ya, kes terbaru ini juga kini kritikal di pediatrik ICU.. Saya saksikan kami telah lakukan yg terbaik untuk anak ini.. Memandangkan hospital kami cuma tinggal 2 botol anti toksin, kami telah dapatkan lagi 2 botol di Kuala Lumpur.. Susah payah penat kami abaikan, risiko berjangkit dengan kami pun kami abaikan demi kelansungan hidup anak ini.. Doakanlah anak ini..

Jika anda menyeru dgn #educatebeforevaccine, mulakan lah dulu #educateifnotvaccinated. Saya percaya, anda semua golongan terpelajar, beragama.. Janganlah anda menafikan hak2 org lain hanya kerana pendapat atau “right” anda. Duduklah di hospital selama setahun.. Saksikanlah apa yg saya telah saksikan..

Saya harapkan entri saya ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran netizen2 yg masih berkira2 nak vaksinkan anak mereka..

Sekian,
Fatinah abdul salam
Dari selatan tanah air
19/2/2019

Baca : Kalau saya UKM, saya tarik balik sijil perubatan beliau Dr Rafidah Kritik Penjelasan Doktor Locum Yang Anti-Vaksin

Analisis

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.