in

“Saya minta Agong untuk tak sambung darurat” – Zahid Hamidi

Fi Zh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.



Dalam pertemuan itu, Zahid meminta kepada Tuanku untuk tidak menyambung tempoh darurat yang bakal tamat 1 Ogos ini.

Zh 1

Menurut sumber, Zahid memberi tahu bahawa beliau turut berbincang tentang pandangan dan kerisauan disuarakan oleh rakyat.

“Perbincangan saya bersama Tuanku fokus kepada beberapa isu disuarakan rakyat.

“Saya telah memaklumkan pendirian UMNO dalam beberapa isu, terutamanya berkenaan darurat yang tak perlu disambung selepas bulan Ogos kerana ia memberi impak besar kepada negara,

“Jelas walaupun tanpa darurat dilakukan, kerajaan masih boleh menguruskan isu berkaitan pandemik COVID-19.” – katanya

Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lalu, bagi membendung penularan wabak Covid-19 ini. Ia dijadualkan berlangsung sehingga 1 Ogos atau pun lebih awal jika kes Covid-19 dapat dikurangkan dan lebih stabil.

Dalam tempoh darurat ini, sidang parlimen dan dewan undangan negeri turut digantung buat seketika.

Sumber : FMT

 

Baca : “Saya tak pernah cakap dengan Anwar” – Zahid Nafi Rakaman Tular Berkonspirasi Dengan Ketua Pembangkang

Foot Zh

 

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.