in

“Saya cuba menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak” – Tolak Tawaran Sertai Program Realiti, Naim Daniel Digam Stesen TV?

Naimdaniel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut je lagu Sumpah mesti korang terus ingat lirik dan melodinya kan?


Naim Daniel bukan sahaja berbakat dalam bidang muzik malah bidang lakonan pun boleh tahan hebatnya.

Semakin terkenal dalam industri hiburan, ada pula cerita yang tak sedap didengar.

Terbaharu Naim dikatakan bersikap biadap dan telah digam oleh sebuat stesen TV. Betul ke?

Naim yang juga terkenal dengan watak Budi dalam drama Pia terbitan TV3 bagaimanapun menafikan dia bersikap sombong kerana menolak tawaran menyertai program realiti terbitan stesen tv berkenaan.

Pemilik nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin, 22, berkata keputusan menolak tawaran berkenaan disebabkan alasan tertentu berkaitan kerjayanya.

“Setakat ini, saya tidak pernah berdepan sebarang masalah dengan mana-mana stesen penyiaran. Isu kena gam itu juga tidak benar sama sekali. Ia hanya khabar angin. Seboleh mungkin, saya cuba menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak.

“Berhubung tawaran menyertai program terbabit, saya tidak dapat menjayakannya kerana jadual kerja yang tak mengizinkan. Setiap hari, ada sahaja undangan persembahan perlu dipenuhi”, katanya memetik BH Online.

Apapun sama-sama kita doakan selamat maju jaya untuk Naim!

Baca: “Nazim takyah nyanyi lah, pakai mekap bagai” – Ramai cakap Nazim Othman ‘Try Hard’ Cover Lagu Dimatamu

Screen Shot 2019 09 28 At 5.07.02 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.