Pempengaruh Aisar Khaled tampil memohon maaf selepas mengakui kesilapannya susulan kelakuannya tidak disenangi penumpang lain sepanjang perjalanan dalam sebuah pesawat, baru-baru ini.
Sebelum ini, seorang penumpang Indonesia mendakwa Aisar telah meletakkan kakinya dicelah tempat duduknya di bahagian tingkap penerbangan, malah beberapa kali terkena kerusinya.

Ekoran luahan wanita itu mendapat perhatian meluas, Aisar tampil menjelaskan dia pada ketika itu mengalami keletihan melampau dan terus tertidur sebaik sahaja pesawat berlepas.
Artikel berkaitan: “Udah ditegor tetap begitu” – Wanita Indonesia Kesal Dengan Sikap Pempengaruh Malaysia Sepanjang Dalam Pesawat
Artikel berkaitan: “Kulineran di Penang” – Netizen Malaysia Kurang Senang Dengan Hantaran Aisar Khaled?
Susulan itu, Aisar mengakui kesilapannya dan menzahirkan kekesalan atas tindakan tersebut selain berjanji perkara sama tidak akan berulang pada masa akan datang.
“Minta maaf atas kelakuan tidak beretika yang saya buat dalam penerbangan ke Malaysia. Saya betul-betul letih melampau dan terus crashed out (tertidur) semasa pesawat berlepas.
“Saya tidak akan buat lagi perkara sama pada masa akan datang. Minta maaf atas sebarang kesulitan,” katanya membalas hantaran tersebut di laman Threads.

Terdahulu, wanita itu juga mendakwa dia sudah menegur tindakan Aisar namun pempengaruh itu dikatakan tidak menghiraukannya malah perkara sama masih berulang sepanjang penerbangan.
Sumber: Threads
