in

“Saya bukan jenis kikis duit orang” – [VIDEO] Campak Duit Depan Wartawan, Iqbal Jelaskan Dia Yang Bagi Duit Untuk Syarikat DSV

Ft Iqbal Tayang Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya tak perlu diperjelaskan lagi mengenai isu hubungan Dato’ Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya Iqbal Zulkefli.


Kepincangan dalam hubungan mereka berdua ini terjadi setelah Cik B buat kenyataan bahawa dirinya tidak setuju jika Iqbal berkahwin dengan DSV.

 

Ada lebih 40 sut RM 7,000 setiap sepasang

Malah, disebabkan itu, ada juga orang labelkan Iqbal sebagai ‘pengikis’ kerana ingin berkahwin dengan orang yang lebih tua daripadanya dan seorang hartawan.

Disebabkan itu, Iqbal pernah menjelaskan bahawa dirinya sendiri mempunyai harta dan ianya dibuktikan menerusi satu video beru-beru ini setelah seorang wartawan daripada mStar Online ke rumahnya.

Iqbal Tayang Duit

Dalam video itu, Iqbal menunjukkan koleksi jam dan menyatakan harga setiap satu barang yang mencecah belasan dan puluhan ribu ringgit termasuklah pakaian-pakaiannya.

“Saya habiskan bahagian kucing saya dalam RM 50,000, minyak wangi kalau saya beli dalam 4 ke 5 botol, jumlahnya dalam RM 4,000 – RM 7,00 lah..”

“Jam ni murah lah dalam RM 40,000, yang ni (tunjuk jam di tangan) dalam RM 150,000 je.”

Katanya Iqbal lagi, dia juga kerap berikan followers emas setiap bulan, malah dia juga turut mengatakan bahawa dia mempunyai lebih 40 pasang sut yang berharga RM 7,000 setiap pasang.

 

Saya bukan orang yang kikis duit orang

Iqbal Tayang Duit 3

Katanya lagi tujuan dia membuat tindakan sedemikian adalah kerana ini menegaskan bahawa dirinya bukanlah seorang kaki kikis, seandainya Iqbal tidak ada duit sekalipun dia bukanlah golongan seperti itu.

Dia juga menceritakan bahawa dia adalah orang yang mendatangkan untung ketika bekerja dibawah DSV dulu.

Iqbal Tayang Duit 2

“Kena tahu juga saya bekerja dengan DSV saya memecah rekod di Vida Beauty, saya orang pertama yang memecah rekod sehingga ke hari ini dengan sales yang mencapai RM 400,000 sehari, no agent.”

Seperti yang dikatakan tadi, Iqbal juga terganggu apabila sering dilabel kaki kikis. Jadi dia bertindak untuk menayang semua wang tunai yang dia ada.

Dalam pada itu, Iqbal juga berharap agar kedua-dua anak DSV, CIk B dan Kacak untuk menerima dirinya seadanya.

 

Baca : “Baling selipar pada muka saya” – Iqbal Dedah DSV Kuat Cemburu? Dedah Kisah Disebalik Hubungan Mereka Sejak 2018

Ft Iqbal Spill Tea Pasal Dsv

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.