in

“Saya akan jemput Ellie” – Azri Iskandar Sahkan Bakal Nikah Dr Azra Tahun Ini?

Azri Iskandar Nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Percintaan Azri Iskandar dengan kekasih hati Dr. Azra Diera menjadi tanda tanya setelah sekian lama.

Akhirnya, hubungan kedua-dua mereka itu difahamkan akan ke jinjang pelamin tahun ini, bekas suami pelakon ternama Ellie Suriaty itu berkata majlis perkahwinannya dengan kekasih hati bakal berlangsung selepas wang yang dikumpulnya mencukupi.


“Jadi tetapi belum lagi. Nanti saya kongsi lanjut mengenai majlis perkahwinan itu yang akan berlangsung tahun ini.

Kami berdua memang sasar untuk mengadakannya seawal mungkin, apabila masalah kewangan sudah selesai, saya akan kongsi kepada semua,” katanya.

Menurut laporan Kosmo!, Azri berkata walaupun usianya sudah mencecah 55 tahun, namun dia masih akan mengadakan majlis sempena hari istimewa itu bagi meraikan para tetamu yang dijemput kelak.

Cats 65

“Majlis makan-makanlah untuk memaklumkan tentang pernikahan tetapi kalau bersanding mungkin tidak,” ujarnya.

Selain itu, pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu turut berkongsi hubungannya dengan bekas isteri, Ellie Suriaty masih baik malah lebih baik berbanding ketika mereka masih bersuami isteri.

“Kami berbual mengenai kerja dan perihal anak-anak. Semuanya berjalan seperti biasa tidak seperti sudah bercerai pun, bezanya cuma tidak tinggal serumah.

Saya kini bersahabat baik dengan Ellie dan kalau nikah nanti, saya akan jemput dia juga,” jelasnya.

Azri juga berkongsi dia akan bergandingan dengan bekas isterinya itu untuk sebuah filem terbitan produksi luar negara yang menampilkan pelakon Hollywood ternama seperti Nicolas Cage serta beberapa pelakon tempatan lain.

Baca: Lepas Setahun Tunang Dengan Dr Azra, Azri Iskandar Terpaksa Tunda Perkahwinan Sebab Masih Kumpul Duit

Ft Azri Dr Khan

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.