in

“Satu Malaysia maki saya…” – Kena Fitnah Tolak Ibu Mengandung 9 Bulan, Lelaki Bagi Penjelasan Rupanya…

Kena Fitnah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni viral tentang seorang lelaki yang memandu Honda Civic melempang wanita hamil 9 bulan dek kerana pergaduhan tentang parking. Kejadian berlaku di Taman Molek, Johor Bahru dan menurut wanita yang viralkan kes ni, ibu hamil itu terpaksa dibawa ke hospital kerana bayi dalam perut dilaporkan tak bergerak.


Tidak mahu terus difitnah, lelaki tersebut tampil memberi penjelasan tentang apa yang sebenarnya berlaku ketika kejadian. Kata Shahril Zainal, tindakan wanita terbabit muat naik gambar wajah dan nombor plat keretanya itu adalah tidak patut kerana secara tidak langsung dia dah dedahkan maklumat peribadi kepada umum.

Fitnah2
sumber: facebook

Disebabkan itu, dia mahu wanita terbabit membuat permohonan maaf kepadanya dan keluarga sebab rupa-rupanya dekat ruangan komen, dia turut letakkan Facebook isteri Shahril.

Saya cuma berharap individu yang viralkan insiden itu dan juga gambar saya dan kereta supaya buat permohonan maaf kepada saya dan keluarga. Maruah keluarga saya semua dipermain-mainkan. Kes ni hanya antara saya dan makcik dia, tapi kenapa dia perlu masuk campur.”

Fitnah3

Fitnah1
sumber: facebook

Kata Shahril, wanita itu sebenarnya putar belit kenyataan semasa kejadian tu berlaku dekat tempat letak kereta depan Family Mart di Taman Molek menyebabkan dia dikecam teruk oleh netizen. Malah menurutnya, dia langsung tak sentuh ibu mengandung itu dan sebenarnya wanita yang viralkan kes tu pun tak ada di lokasi!

Sejujurnya saya tak ada sentuh wanita hamil itu. Apatah lagi melempang dan menolak dia sehingga jatuh. Semua itu tidak benar.”

Sebenarnya isu ini diviralkan oleh anak saudara wanita itu padahal dia tak ada pun di lokasi kejadian ketika itu.”

Fitnah
sumber: mstar

Apa yang buat saya terkilan dia siap tulis dekat Facebook baby dalam kandungan tak bergerak sebab dalam report polis dia kata saya tolak dan lempang wanita hamil. Itulah punca utama netizen marah.”

Baca penjelasan Shahril dekat ruangan komen di Facebook:

Fitnah4
sumber: facebook

Ramai mendesak saya untuk buat saman malu tapi saya haraplah dia dapat buat permohonan maaf di Facebook. Jika dia taknak mengaku salah sekali pun, cukuplah sekadar mengatakan dia tak sepatutnya viralkan insiden itu.”

Sebab tu orang kata, gunakan media sosial dengan betul dan jangan mudah percaya dengan apa yang kita baca online!

Baca: “Weh polis tu pukul weh!” -Viral Video Polis Trafik Pukul Orang Awam di Ipoh, Tapi Sebenarnya…

Polis Ipoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.