in

“Jika pun ada bahan asal yang haram…” – Deep! Mufti Perlis Perjelas Kenapa Vaksin Covid-19 Tak Perlu Diragukan

Maza 1 E1607136161197

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia bakal menerima vaksin Covid-19, disebabkan itu, wujud pula pertikaian dan keraguan segelintir umat islam tentang status halal pada ubat tersebut.


Disebabkan itu, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil beriikan penjelasan tentang vaksin ini agar tidak wujud lagi sebarang isu di saat negara bakal menemukan ‘sinar’ dalam mencari ikhtiar untuk memutuskan rantaikan Covid-19 ini.

 

Jangan terlalu sempit fekah perhitungan – Mufti Perlis

Dr Asri Maza

Sebagai umat islam, Dr Mohd Asri begitu sedih dengan isu-isu ini, menerusi penulisannya di Astro Awani, beliau menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang menjadi rahmat untuk semua.

“Malangnya, atas kelemahan umat di masa ini, kita gagal mengungguli projek-projek kemanusiaan di peringkat antarabangsa, sebaliknya hanya menjadi pengikut kepada rentak pihak yang lain.”

Beliau ambil contoh seperti isu vaksin ini. Katanya, dunia Muslim sepatutnya yang mengepalai penghasilan vaksin yang dapat menyelamatkan manusia dari ancaman wabak ini.

Malangnya, kekayaan negara-negara umat Islam terutamanya Arab gagal untuk mendepani cabaran ini.

Apa yang ada, kita asyik bertanya haram atau halal produk orang lain. Kita gagal untuk menghasilkan produk sendiri. Dukacita!”

Susulan itu, beliau menyeru agar umat islam di negara ini terlalu sempit dalam perhitungan fekah

“Dalam keadaan kita gagal menjadi pengeluar, hanya sekadar pengguna, janganlah pula terlalu sempit perhitungan fekah kita.”

 

Tidak jadi haram jika…..

Ilustrasi Vaksin

Beliau menjelaskan bahawa produk perubatan seperti vaksin, bahan-bahan yang digunakan akan melalui pelbagai tahap proses yang dikenali sebagai chemical transformation.

Kaedah ini akan membuat sifat asal bahan yang digunakan pada peringkat awal.

Produk akhir itu sama sekali tidak lagi sama dengan bahan yang digunakan di peringkat awal. Proses ini dalam istilah fikah dinamakan dengan istihalah, menghilangkan sifat asal, maka hukum ‘haram’ pada bahan asal tidak boleh dipakai lagi pada produk akhir bahan tersebut kerana telah bertukar ke bahan yang lain.”

Malah, beliau juga memberikan beberapa contoh klasik yang biasanya menjadi bualan hangat sebelum ini iaitu antara arak dan cuka.

  • “Antaranya, arak yang haram apabila telah bertukar menjadi cuka, maka hukumnya halal. Proses ‘istihalah’.”
  • “Baja najis yang diletakkan di pokok lalu pokok menjadi subur dengan baja tersebut, pokok tidak najis dan buahnya halal dimakan.
  • “Kasturi yang berasal dari darah kijang tidak dianggap najis kerana telah bertukar sifatnya.”
  • “Bangkai yang telah bertukar menjadi tanah sehingga hilang sifat bangkai, tanah itu bersih dan boleh tayamum.”

Pelbagai lagi contoh klasik yang pernah disebutkan dalam tulisan sarjana-sarjana silam. Maka, tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa proses istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih.

Atas asas ini, Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang terdiri dari 32 tokoh ilmuwan seluruh dunia termasuk al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, al-Syeikh Dr Abdullah bin Bayyah, al-Syeikh Dr Abd al-Sattar Abu Ghuddah, al-Syeikh Dr Ali al-Qaradaghi dan ramai lagi menfatwakan halal bahan tambahan (additives) yang mengandungi sebatian yang berasal dari bahan haiwan yang tidak halal.

Manakala,  kenyataan mereka yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) menyebut:

(Kumpulan ketiga (sebatian haiwan) juga halal, kerana keadaan asal haiwan tidak lagi kekal sama semasa proses pembuatan.

Malah ia berubah secara radikal daripada bentuk asalnya kepada satu bentuk baru bersih dan suci melalui proses yang dipanggil transformasi kimia.

Transformasi ini juga memberi kesan hukum (baru) pada bahan tersebut. Oleh itu, jika pun bentuk asal adalah najis atau haram, transformasi kimia telah merubahnya kepada satu lagi ramuan yang memerlukan ketetapan hukum baru.

Contohnya, jika alkohol berubah dan telah bertukar kepada cuka, maka ia tidak kekal haram, tetapi membawa hukum baru mengikut sifat bahan hasilan yang baru tersebut, iaitu halal. Perubahan kimia.

Tambahnya lagi, kita tidak perlu dangkal dengan menganggap jika vaksin tersebut mempunyai bahan asal ang haram maka seketul daging haram berada dalam vaksin tersebut.

Apatah lagi, difahamkan kebanyakan vaksin COVID-19 tidak membabit bahan haiwan secara langsung.

Jika pun ada bahan asal yang haram, proses perubahan kimia itu adalah istihalah yang menjadikan ia bersih dan halal.”

Tidak dinafikan di sana ada pendapat fekah yang lebih sempit dan ketat dalam hal ini. Namun, itu bukan pilihan untuk awam terutama pada waktu yang seperti ini.

Sepatutnya, dalam musim ancaman wabak dan kesukaran mencari penawar bagi memboleh manusia meneruskan kehidupan dengan selamat, tokoh-tokoh umat Islam, jika pun tidak dapat menawarkan produk perubatan kita, sekurang-kurang mengemukakan keluasan fikah kita yang bersifat menyelamatkan manusia terutama dalam keadaan yang mendesak. Katanya lagi.

Jangan kita sulitkan lagi keadaan dengan mengambil pandangan hukum yang sempit untuk umat. Jika ia untuk pegangan peribadi, itu urusan individu.

Adapun hukum untuk negara dan awam, hendaklah ke arah taisir atau memudahkan. Jika pun kita hendak menegaskan keperluan bahan asal halal, kita boleh sebut jika terdapat vaksin yang bahan asalnya halal maka itu pilihan utama dan terbaik.”

Jika tidak, sekalipun bahan asalnya haram namun jika telah melalui proses istihalah atau perubahan sifat bahan (chemical transformation), maka itu juga boleh digunakan.

 

Baca : Dikata Bidaah Sebab Naik Keretapi, Jawapan ‘Win’ Dr.Maza Buat Ramai Geli Hati

Maza2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.