in

“Sape lemah semangat jgn tgk” – [VIDEO] YouTuber ‘Diganggu’ Masa Tengah Cuba Buat Review Smartphone

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau cerita pasal gangguan ni, ramai juga orang yang ada pengalaman diganggu oleh “makhluk halus” kan? Tapi selalunya kita dengar je cerita orang dan kalau bernasib baik, ada orang sempat pulak rakam pengalaman dorang masa tengah kacau.



Contohnya macam seorang YouTuber ni. Menurut Faiz, dia tengah nak shoot video reviu smartphone apa yang paling best guna untuk main game. Katanya, video ini dirakam pukul 1 pagi, 8 April lepas.

Dalam video ni, korang boleh tengok Faiz tengah buat intro video sebelum tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Faiz kemudiannya menutup pintu tersebut dan menguncinya kerana dia ingatkan ada orang lain tengah kacau dia.

Screenshot 2020 04 10 At 3.07.31 Pm

Dia mulakan semula intro video tapi lepastu telefon dia dekat belakang bergerak secara perlahan-lahan. Faiz tak perasan yang benda tu bergerak tapi dia ada dengar ada something bergerak.

Mungkin kerana tak sedap hati, Faiz mula nak buka mic dia, TAPI tiba-tiba telefon dekat belakang dia terjatuh buatkan lelaki ni terkejut dan terus lari keluar dari bilik.

Tak cukup dengan itu, lepas Faiz keluar dari bilik, kerusi dalam bilik tersebut mula bergerak ke depan macam ada orang tarik. Eee seram!

Netizen yang melihat video ini, turut rasa keseraman yang dirasai oleh Faiz ini dan ada juga yang nasihat lelaki ni untuk pergi berubat dan berjumpa dengan ustaz untuk halau hantu tersebut.

Screenshot 2020 04 10 At 3.02.26 Pm Down

Korang boleh tengok video full dekat sini. Kalau lemah semangat, jangan tengok tau!

Baca: “Sapa suruh tengok cerita seram” – Lelaki Ini Kena Kacau Masa Solat Lepas Tengok Filem Makmum, Rupa-rupanya…

Screenshot 2020 04 10 At 3.19.04 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.