in

“Sampai herot mulut makcik nak bodek Najib!”

page r

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Sampai herot mulut makcik nak bodek Najib!"
Loading
/

Jika sebelum ni, Ellie Suriati mendapat perhatian sebab menjadi penyokong tegar Najib, kali ni giliran Sahara Yaacob pulak.

Menurut Malaysiakini, penyanyi popular era 1980-an itu berang dengan pertuduhan yang dijatuhkan kepada Najib dan meluahkan kata-kata penuh beremosi mengajak penyokong bekas PM bangkit bersolidariti.


s7
Sumber: Berita Harian

“Maaf saya emosi kerana saya tidak suka pada ketidakadilan. Saya dilahirkan dan dididik supaya menegakkan kebenaran dan keadilan sebagai nombor satu.

“Apabila berada dalam kesusahan kita semua ibarat take it too cool, too easy. Saya rasa ini tak okay.”

Ekoran itu, Sahara juga meminta rakyat supaya suarakan pandangan mereka dengan menolak tindakan ke atas Najib. Katanya, dia melihat Najib seperti didera dan dibuli serta menganggap adalah mengarut untuk kerajaan mendakwa mereka sedang mendaulatkan undang-undang.

Bukan itu je, dalam ucapannya, Sahara berkata tidak wajar seorang pemimpin yang disanjungnya itu diperlakukan begitu.

“Kita satu negara maju. Kita punya pemimpin mati-matian nak sampaikan kita ke tahap ini sebagai satu negara maju. Tiba tiba kita boleh biar kerajaan sekarang ini mendera Datuk Seri macam itu.

“Ini tak okay! Tolong, apa yang berlaku kepada Datuk Seri boleh berlaku kepada rakyat Malaysia yang lain.

s8
Sumber: Facebook

“Kamu perlu bangun dan pertahankan jika tidak kamu akan kena, dan demi tuhan, kita perlu bersatu. Apa yang benar tetap benar dan kamu tak boleh nafikan apa salah adalah salah.”

Orang ramai yang melihat video ucapannya rata-rata kurang senang dan menyatakan pendapat masing-masing.

v
Sumber: Facebook
Boleh geng dengan Ellie Suriati…

Baca: [TERKINI] Najib Razak Ditangkap

page 6 3 758x401 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.