in

Sampai Hati Sangkut Bayi di Side Mirror

Page Baby 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sementara ada pasangan suami isteri yang sedang menanti masa nak menimang zuriat sendiri, masih ada yang senang-senang je buang bayi mereka macam tak rasa kasih sayang langsung!

Menurut WORLD OF BUZZ, baru-baru ni seorang bayi telah dibuang! Yang lagi sedih bila baby tu siap diletak di dalam beg kertas dan disangkut pulak dekat side mirror sebuah kereta.


H 1
sumber: wob

Bayi itu diletakkan di situ semasa kereta tersebut parking di kawasan apartment dekat Jalan Raja Ashman Shah, Ipoh.

Pada jam 12.15 pagi, seorang lelaki rasa pelik bila nampak beg kertas tu digantung dekat kereta macam tu. Apa yang lebih mengejutkan bila dia terdengar bunyi tangisan bayi dari arah beg tu.

Bila dia intai dekat dalam beg kertas berkenaan, rupanya memang betul ada baby. Bayi kecil tu dijumpai dalam keadaan sejuk dan lapar.

H3
sumber: wob

Kalau nak tau, baby comel berkenaan baru je berusia 2 hari! Tali pusat pun masih ada lagi tau. Sampai hati! Dipercayai baby tu ditinggalkan dekat situ sebelum jam 8.30 malam hari Selasa. Maknanya baby tu tersangkut dalam beg selama empat jam sebelum lelaki tu menjumpainya.

Difahamkan Timbalan Ketua Polis Ipoh Superitendan Abdul Rani Alias dah pun mengesahkan kes ini dan memaklumkan bahawa bayi tersebut telah pun dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan selanjutnya.

H2
sumber: wob

Sementara itu, bayi tu dilaporkan dalam keadaan stabil. Nasib baik! Pihak polis akan menyiasat kes ni mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Harap yang membuang baby tu akan dikenakan hukuman dan semoga baby tu baik-baik je.

Baca: “Maaf saya terpaksa buang dia…” – Ibu Tinggalkan Bayi Dalam Kotak Bersama Nota Minta Maaf

Baby Fi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.