in

“Salam cium tangan, celup jari dalam botol air nak ambil berkat” – [Video] Lelaki Buat ‘Tabaruk’ Undang Kecaman Netizen

Tabaruk11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video memaparkan tindakan seorang lelaki berkopiah dan berjubah putih diiringi orang-orang ramai bersalaman dan dikatakan ia untuk ambil berkat mendatangkan rasa kurang senang netizen.


Bukan itu sahaja, dilihat kaum wnaita berpusu-pusu ambil air meminta untuk lelaki tersebut celup jarinya. Perbuatan itu dirakam dan viral di Twitter sehingga meraih 2.9K jumlah retweets dalam masa 3 hari.

 

Tabaruk

Menurut netizen yang melihat video ini, perbuatan ini adalah dinamakan Tabaruk, yang membawa maksud mengambil berkat. Bagaimanapun, dia menyifatkan tindakan ini tidak betul kerana perbuatan Tabaruk ini hanya sah untuk barang peninggalan Rasulullah S.A.W sahaja; bukan dengan mana-mana manusia selepas baginda.

Buktinya, para tabi’in tidak pernah tabaruk dengan para sahabat Nabi, walaupun tingginya kedudukan sahabat Nabi dalam Islam.”

Ibn Rajb Al-Hanbali (wafat 795 Hijrah) berkata :

“Walaupun Para Sahabat tabaruk dengan Nabi S.A.W., mereka tidak pernah bertabaruk sesama mereka. Dan para Tabi’in juga tidak bertabaruk dengan Para Sahabat, walaupun tingginya taraf mereka (para Sahabat).”

Untuk fahaman lebih jelas mengenai Tabaruk ini, boleh baca penjelasannya disini. Menurut sumber, kejaidan ini bagaimanapun dikhabarkan berlaku di Indonesia.

Tindakan ini juga pernah menjadi isu dan ditentang oleh salah seorang pendakwah dari luar negara, Nouman Ali Khan.

Melihat video ini, ramai netizen yang kurang senang dengan tindakannya dan ada juga yang troll apabila menyaksikan tindakan mencelup tangan itu.

 

Tak dibuat sesama manusia, ini salah! – Netizen

Tabaruk8 Tabaruk7 Tabaruk6 Tabaruk5 Tabaruk4 Tabaruk3 Tabaruk2 Tabaruk

 

Baca : Pendakwah Selebriti Bakal Didakwa Hari Ini Atas Tuduhan Rogol & Seks Luar Tabii

Pendakwah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.