in

Pendakwah Selebriti Bakal Didakwa Hari Ini Atas Tuduhan Rogol & Seks Luar Tabii

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pendakwah selebriti yang sedang menjalani tahanan reman selama 13 hari atas dakwaan rogol, cabul dan melakukan seks luar tabii dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebentar lagi.


Selepas selesai dakwaan di Petaling Jaya, pendakwah selebriti itu juga dikatakan akan didakwa di Mahkamah Shah Alam.

Dia dijangka akan didakwa atas dua pertuduhan iaitu Seksyen 377B Kanun Keseksaan (melakukan seks luar tabii) manakala di Mahkamah Shah Alam, dia akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol) lapor Harian Metro.

Untitled Design 18

Jika sabit kesalahan, lelaki ini boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebat.

Pun begitu, menurut Utusan pihak peguam bela, Syed Amirul Syed Idros mengatakan yang pihaknya masih menunggu kepastian tentang perkara ini.

Tidak pasti. Kertas siasatan akan dirujuk ke HQ (Ibu Pejabat) AGC (Jabatan Peguam Negara) terlebih dahulu pagi esok. Kalau HQ approve (luluskan) untuk tuduh, akan tuduh esok (hari ini).”

Untuk pengetahuan korang, setakat ini pendakwah selebriti tersebut telah pun menerima sembilan laporan terhadap dirinya. Kertas siasatan telah dibuka bagi tujuh pertuduhan ini manakala lagi dua dianggap sebagai NFA (tiada tindakan lanjut).

Harapnya kemenangan berpihak kepada yang benar.

 

Baca: “Modus operandi sama dengan mangsa lain” – Satu Lagi Laporan Dakwaan Cabul Dibuat Ke Atas Pendakwah Selebriti

Screenshot 2020 12 10 At 12.21.53 Pm

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.