in

Sakit Hati Asyik Kena ‘Reject’, Gelandangan Bakar Kereta ‘Crush’

Fi Reject

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat sakit hati banyak kali kena reject dengan cinta hati, gelandangan lelaki ini nekad membakar kereta seorang wanita yang dipercayai ‘crushnya’. Kejadian berlaku pada ahad yang lepas di Pangsapuri Seri Pagi, Taman Bukit Serdang.

Gelandangan yang dipercayai berusia 29 tahun tersebut telah menyebabkan sebuah lagi kenderaan lain yang berada bersebelahan dengan kereta itu turut terbakar. Jiran wanita tersebut memaklumkan mengenai keretanya yang terbakar kira-kira pada jam 5.20 pagi.


Asisten Komisioner A. Anbalagan, Ketua Polis Daerah Serdang berkata, pasukan bomba sedang memadam kebakaran ketika mangsa turun ke bawah pangsapuri untuk melihat keretanya.

Beliau berkata, hasil daripada soal siasat dan rakan kamera litar tertutup (CCTV), Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang telah menahan suspek di kawasan Bandar Kinrara pada hari yang sama. Boleh lihat rakaman penuh CCTV di sini.

Reject Media 1

Reject Media 2

Reject Media 3

“Hasil soal siasat, suspek mendakwa telah membakar kereta mangsa kerana tidak puas hati selepas cintanya ditolak sejak setahun lalu. Semakan juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah serta ujian air kencing juga negatif dadah,”-jelas Anbalagan

Beliau berkata lagi, polis juga telah merampas sebuah motosikal, sepasang kasut dan pakaian serta pemetik api yang digunakan oleh suspek semasa hari kejadian. Suspek juga direman lima hari bermula Isnin sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Siapa yang ada plan nak reject orang tu boleh fikir banyak kali dah sekarang.

Baca: I’m not interested-Mohon Kerja Masa 2013, Wanita Kena Reject Dengan Recruiter Tahun Kemudian

Baca Reject

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.