in

“Sakit!” – Budak 5 Tahun Sempat Jerit, Ayah Masuk Bilik Tengok Bapa Mertua Separuh Bogel Tengah Cabul Cucu

Collage 15

Tak boleh nak bayang apa perasaan bapa ni bila tengok bapa mertua sendiri buat macam ni dekat cucunya!

Seorang lelaki berusia 60 tahun telah ditahan selepas dia didakwa mencabul cucu perempuannya berusia 5 tahun pada 1 Mac lalu di Kota Marudu, Sabah.

Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitenden Mohd Izaan Abdullah, lelaki warga emas ini ditahan selepas bapa budak perempuan membuat laporan polis pada jam 4 petang.

Bapa kepada budak perempuan tersebut yang juga merupakan menantu kepada suspek dapat tahu mengenai kegiatan terkutuk suspek tersebut selepas dia mendengar anaknya menjerit kesakitan sebelum cepat-cepat masuk ke dalam bilik suspek.

896093

Kegiatan suspek terbongkar lepas bapa mangsa dengar suara kanak-kanak mengadu ‘sakit’ ketika melalui bilik suspek yang juga bapa mentuanya.”

Suspek dilihatnya berada dalam keadaan separuh bogel dan menyentuh mangsa.”

Suspek kini sedang direman dan akan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Allahu, kesiannya budak tu!

 

Baca: “Saya minta izin nak…” – Jijik! Pengamal Perubatan Islam Gatal Ambil Kesempatan Cabul Pesakit

Screenshot 2021 03 04 At 2.19.31 Pm