in

“Saham akhirat, tiket syurga” – Pasangan Romantik Ini Pilih Untuk Bina Masjid, Sanggup Tangguh Bina Banglo

Gambar Hiasan 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal dengan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang sweet dan sporting ni kan? Baru-baru ini, pasangan ini dikhabarkan tergerak hati untuk membina sebuah masjid selepas terkesan dengan ceramah pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad.


Menyifatkan ia sebagai saham akhirat dan tiket ke syurga, pasangan ini juga sanggup menangguhkan hasrat untuk membina sebuah banglo di Bangi demi projek tersebut lapor Sinar Plus.

Idea pembinaan masjid itu pada awalnya tercetus apabila Wawa mendengar ceramah daripada Ustaz Abdul Somad mengenai tiket ke syurga. Ustaz tersebut berkata, jika ada wang binalah masjid untuk saham akhirat kita.

“Jadi Wawa cadangkan kepada saya dan kami sebelum itu ada bercadang untuk membina banglo di Bangi. Tapi Wawa kata tak mengapa perancangan rumah itu boleh ditangguhkan dulu sebab kami sudah ada rumah.”

Menurut Sinar Plus, di kampung Aeril Zafrel kebetulan mempunyai sebuah masjid yang sudah usang di Kampung Rengit, Batu Pahat. Dari situlah timbulnya idea untuk menaik taraf masjid tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Isteri kepada jejaka tampan itu, Wawa Zainal turut berkesempatan untuk melancarkan produk baharu iaitu Wawa Cosmetics Edisi Glam Raya. Produk itu mempunyai  dua versi, Bukhari dan Muslim mengandungi set pengilat bibir, minyak wangi dan alat solek yang dijual pada harga RM79 seunit.

Capture 2

Tambah Aeril, hasil penjualan produk terbaharu itu nanti akan disumbangkan bagi tujuan pembinaan masjid tersebut yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta. Katanya, masjid yang dijangka dibina pada awal tahun depan itu boleh memuatkan kira-kira 700 orang.

Saya kira masjid ini bukan daripada kami, sebaliknya pembeli produk ini adalah insan sama yang turut menyumbang untuk pembinaan masjid ini.”

Aeril turut mereka tidak bercadang menukar nama masjid tersebut hanya kerana mereka yang menyumbang untuk kos pembinaan semula dan mereka cuma berharap agar masjid ini akan memberi manfaat kepada penduduk kampung kelak.

Baca: Boleh ke rambut macam tu? Aeril Zafrel Muat Naik Gambar Bersama Anak Di Hari Pertama Persekolahan, Tapi Kena Pertikai Netizen

11 2

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.