in

Rumah Keluarga Ini Jadi Sasaran Dibaling Cat Merah Kerana Ah Long Tersalah Alamat

Cat2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cat merah sememangnya sinonim dengan sindiket Ah Long. Ia adalah salah satu cara mereka untuk memberi amaran kepada si peminjam supaya membayar hutang.


Bagaimanapun, rumah sebuah keluarga ini dibaling cat merah meskipun pada hakikatnya mereka tidak pernah meminjam daripada mana-mana Ah Long.

Menurut Mohd Ariffin Ayob, 46, rumahnya menjadi sasaran kumpulan itu meskipun beliau dan isteri serta 2 anak mereka tidak pernah meminjam dengan Ah Long, lapor Suara TV.

Kejadian bermula pada 2 Disember lalu di mana satu notis ugutan ditampal di bahagian depan kereta yang diparkir di garaj rumah. Menurut Ariffin, notis itu mengandungi nama serta nombor telefon peminjam yang tidak dikenalinya.

Susulan kejadian itu, boleh dikatakan setiap minggu akan ada kereta berhenti, kereta dipandu perlahan dan berlegar-legar di depan rumah saya sehinggalah pada 29 Disember lepas, rumah saya disimbah cat berwarna merah.” kata Ariffin.

Kejadian itu hanya disedari isteri beliau kerana terdengar bunyi seperti ada barang dibaling di luar rumah, dan ketika meluru ke luar rumah, isterinya terlihat sesuatu dihamburkan dan bahagian depan rumah termasuk kereta dipenuhi cat.

Cat1
sumber: the sun daily

Ketika insiden simbahan cat itu, hanya isterinya bersama beberapa anak orang yang dijaga berada di rumah sebelum isterinya menghubunginya dan beliau terus bergegas pulang ke rumah.

Beliau bersama jiran tetangga turut mengadakan solat hajat sebagai ikhtiar diberikan petunjuk daripada insiden yang berlaku. Kejadian itu turut membuatkan mereka sekeluarga ketakutan dan keresahan. Setiap malam jika terdengar bunyi, beliau pasti akan periksa luar rumah. Isterinya pula yang masih dalam keadaan terkejut seperti ternampak-nampak benda terbang setiap kali berada di luar rumah.

Anak saya juga terganggu emosi, apatah lagi ketika kejadian itu, dia ada peperiksaan akhir di universiti. Tambah mengaibkan kami sekeluarga insiden ini berlaku beberapa minggu selepas saya adakan majlis kahwin anak bongsu saya sehingga menjadi buah mulut orang kami meminjam Ah Long untuk buat majlis kahwin anak,” katanya.

Selepas menerima notis ugutan tersebut, Ariffin mengambil langkah untuk menghubungi peminjam memandangkan nombor telefonnya ditulis di kertas notis itu.

Saya mesej dan Whatsapp namun tiada respon, saya beranggapan peminjam sebenar ini hendak lepas tangan dan biarkan kami terus dikejar Ah Long. Jadi berdasarkan gambar profil WhatsApp yang ada pada nombor berkenaan, saya sebarkan pada jiran untuk tahu jika mereka kenal.” kata Ariffin.

Ariffin kemudian dimaklumkan oleh kakak ipar, peminjam sebenar dikenal pasti seorang jiran di kawasan taman perumahannya. Beliau kemudian kemukakan identiti peminjam berkenaan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum mereka bertemu di hadapan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

“Peminjam memang tidak mahu mengaku dia ada buat pinjaman dengan Ah Long, tetapi selepas telefon bimbitnya diperiksa, akhirnya terbongkar memang dia ada buat pinjaman dengan Ah Long berdasarkan mesej ugutan diterimanya dan jumlah pinjaman.”  katanya.

Selepas disemak, barulah diketahui bahawa nombor rumah peminjam sama dengan rumah Ariffin tetapi berbeza taman perumahan. Ariffin turut memberitahu beliau dan keluarga mengalami kerugian disebabkan serangan Ah Long itu.

Kejadian ini telah menyebabkan saya mengalami kerugian RM6,000 untuk bersihkan cat di depan rumah, kereta, kasut dan baju yang disidai semua habis dibuang kerana terkena cat. Saya juga terpaksa memasang kamera litar tertutup untuk keselamatan kami sekeluarga. Tetapi saya hanya harap kejadian ini akan berakhir,” katanya.

Tidak dapat dibayangkan ketakutan dan masalah yang terpaksa dihadapi Ariffin serta keluarga. Harap-harap Ah Long tersebut tidak lagi menggangu beliau sekeluarga selepas ini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.