in

‘Robot’ Peguam Pertama Di Dunia Berdepan Tuntutan Mahkamah

Robot Peguam Disaman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

DoNotPay Inc, syarikat yang menjenamakan diri mereka sebagai ‘robot peguam pertama di dunia’ berdepan tuntutan mahkamah daripada sebuah firma guaman terkemuka Chicago iaitu Edelson yang mengatakan bahawa syarikat berkenaan mengamalkan undang-undang tanpa lesen perundangan.

Menurut Reuters, Edelson telah memfailkan tuntutan tersebut di mahkamah San Francisco pada 3 Mac lalu dan salah satu daripada hujahnya adalah syarikat yang menawarkan khidmat guaman menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) tersebut tidak mendapat pengawasan dari mana-mana peguam.


Lebih malang kepada pengguna, “DoNotPay bukanlah robot, peguam mahupun firma guaman dan tidak mempunyai ijazah undang-undang, tidak disekat dalam mana-mana bidang kuasa, dan tidak diawasi oleh mana-mana peguam,” kata tuntutan mahkamah yang dikumpulkan oleh ‘Business Insider.’

Dootpay

Firma guaman berkenaan mewakili seorang penduduk California, Jonathan Faridian yang mendakwa dia telah menggunakan khidmat syarikat berkenaan untuk membuat draf perundangan dan tidak berpuas hati dengan hasil yang diterimanya.

Faridian berkata, dia menggunakan DoNotPay untuk mendraf dokumen undang-undang, termasuk surat tuntutan, pemfailan mahkamah tuntutan kecil, dan aduan diskriminasi pekerjaan, tiga dokumen yang langsung tidak ditawarkan oleh AI berkenaan pada awalnya.

Menurut Reuters, DoNotPay mengiklankan diri mereka sebagai ‘Robot Peguam Pertama Di Dunia’ dan pada 2015, syarikat berkenaan ditubuhkan untuk menawarkan khidmat melawan kes tuntutan parkir dan telah mengembangkan perkhidmatannya ke kes yang lebih besar.

Aa1Aifvi

Antara tawaran DoNotPay termasuklah melakukan tuntutan insurans, bantuan sewa, permohonan biasiswa, penceraian dan prosedur pentadbiran dengan kos yang lebih rendah daripada peguam sebenar.

Menurut pengasas syarikat berkenaan, DoNotPay merupakat chatbot yang mendapat maklumat menggunakan AI bagi membantu pengguna melawan syarikat besar dan menyelesaikan masalah mereka.

Dalam masa yang sama, Joshua Browder selaku pengasas syarikat tidak gentar dengan tuntutan yang dibuat oleh firma gergasi yang pernah membuat tuntutan saman ke atas nama-nama besar seperti Amazon, Google dan juga Apple.

Aa1Aiq3U

Insiden baru-baru ini menyebabkan pendakwaraya dari Persatuan Peguam California mengambil tindakan terhadap DoNotPay, malah mengancam untuk mengenakan hukuman penjara untuk Browder selepas dia mencadangkan ia mungkin membawa AI ke mahkamah trafik untuk menyampaikan hujah kepada pesalah melalui AirPods.

Dalam masa yang sama, Persatuan Peguam Negeri California berhujah bahawa membawa robot AI ke mahkamah fizikal adalah amalan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang, malah merupakan salah laku yang boleh dihukum penjara enam bulan.

Dengar-dengar, pengasas DoNotPay memberi jaminan bahawa dia tidak menolak menggunakan peguam robot kami dalam kes pembelaan terhadap tuntutan firma Edelson tersebut.

Baca : Robot Anjing Jadi Trend Di China, Mungkin Akan Jadi Haiwan Peliharaan Lebih Popular Daripada Anjing Sebenar?

Robot Anjing China

Sumber: Daily Digest
Sumber: Daily Digest
Sumber: Daily Digest

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.