in

“Budak intern tu manusia juga” – Peguam Kena Sekolah Sebab Pertikai Intern Minta Elaun

Ft Peguam Intern

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memanglah pelajar yang bakal menjalani latihan industri ini perlu banyak belajar daripada orang yang berpengalaman, namun mereka manusia dan mempunyai hak untuk bertanyakan mengenai kebajikan mereka, lebih-lebih lagi zaman sekarang yang harga barang serba serbi naik.


Jadi, memang logiklah jika mereka tanya mengenai elaun dan juga sebarang tuntunan dalam menjalankan tugasan mereka.

Di Twitter, seorang peguam didakwa telah memperlekeh sikap siswazah yang bertanyakan mengenai elaun intern dan juga menegur matlamat pelajar ini yang hanya perlu tuntut ilmu dan lulus serta bukan fokus untuk kerja.

 

“Pelik sekarang ni pelajar intern kebanyakkan nya mesti tanya elaun, ada juga tanya claim mileage. Bukan ke korang datang untuk lulus & grad je? Bukan nk kerja kan. Mmg turn off sikit bila pelajar praktikal camtu.”

Walaubagaimanapun tweet ni telahpun dipadamkan pemilik asal tetapi ia sempat menarik perhatian netizen termasuklah Nur Aimuni yang juga merupakan seorang peguam.

Nur Aimuni berpendapat bahawa dia kurang bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh individu tersebut. Dari sudut pandangannya, pelajar praktikal ini yang sering menjadi mangsa buli majikan yang cuba ambil kesempatan untuk melakukan kerja lebih sedangkan mereka bersenang lenang.

Sebagai peguam, Nur Aimuni menjelaskan bahawa kini banyak firma terdesak memerlukan pelajar intern kerana kekurangan tenaga kerja melakukan tugasan kerani tetapi dalam masa yang sama nak jimatkan kos.

Oleh itu, memang layak jika intern bertanya mengenai jumlah elaun dan skop kerja. Baginya lagi, pelajar praktikal ini juga ada komitmen mereka sendiri.

Sebagai individu yang pernah menjalani praktikal, Nur Aimuni faham pengalaman yang dialami, kena pulau, kena marah, kena buli, kerja lebih masa dan macam-macam lagi.

Oleh sebab itu, Nur Aimuni akan perhati setip kerja intern yang bekerja di bawahnya, dia akan pastikan tiada staf yang suka mengarah sesuka hati.

Katanya lagi, dengan pengalaman buruk yang dilaluinya semasa intern dulu, ia dijadikan pengajaran buat dirinya untuk tidak mengikut jejak langkah mereka untuk tidak lakukannya kepada intern akan datang.

Memang tak dinafikan ada yang akan bermasalah, tapi bukanlah semua kan?

Baca : “Mcm budak intern” – Netizen Tumpang ‘Troll’ Lepas Tengok Lelaki Ini Tengking Ah Long

3Along

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.