in

Gara-Gara Nasib Tak Berubah, Lelaki Kena ‘Sumpahan Ex’ Nekad Saman Tukang Tilik

Ahli Psikik Di Saman Menipu E1641615938568

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki di bandar persisiran Los Angeles baru-baru ini difahamkan telah memfailkan tuntutan saman keatas seorang tukang tilik atas dakwaan melakukan penipuan gara-gara wanita tersebut mendakwa dia mampu menyelesaikan masalah perkahwinan yang dihadapi lelaki berkenaan dengan bayaran $5,100 (RM21,328).


Menurut laporan NBC, bayaran tersebut diminta oleh tukang tilik tersebut bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi lelaki berkenaan yang dipercayai telah terkena sumpahan bekas kekasihnya.

Tuntutan yang dibuat di mahkamah berkenaan menamakan Sophie Adams, perniagaan miliknya, Psychic Love Specialist by Sophea, suaminya dan anak perempuan kepada Sophia sebagai tertuduh.

Ahli Psikik Di Saman

Tuduhan lain yang terdapat dalam tuntutan saman yang dikeluarkan termasuklah kecuaian, konspirasi, penderitaan emosi yang disengajakan dan diabaikan. Mangsa difahamkan menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya $25,000 (RM104,550) dan Sophia dikenakan hukuman lain.

Difahamkan, walaupun menerima bayaran yang lumayan, masalah yang dihadapi oleh mangsa yang dikenali sebagai Mauro Restrepo tidak selesai.

Tukang Tilik Disaman 1

“Nasib malang yang menimpa ini disebabkan perbuatan ahli sihir yang diupah oleh bekas teman wanitanya”

Menurut Restrepo, tertuduh telah mendakwa dirinya ditimpa malang gara-gara perbuatan sihir yang ‘ditujukan’ oleh bekas kekasihnya dan sekiranya ia tidak dibuang, ia boleh memporak perandakan kehidupan dan perkahwinan Restrepo dan anak-anak.

Menurut laporan, Restrepo bertindak untuk menyaman tukang tilik tersebut selepas dipercayai telah membayar wang pendahuluan sebanyak $1,000 (RM4,182) kepada syarikat Sophia yang ditemuinya melalui pencarian Google.

Tukang Tilik Penipu Disaman

Menerusi iklan tersebut, Sophia turut mendakwa dirinya sebagai ‘jurulatih kehidupan’ dengan kelulusan peringkat PhD.

Walaubagaimanapun, difahamkan selepas membayar wang pendahuluan, Restrepo dalam tuntutan samannya mendakwa dia tidak langsung ‘diubati’ oleh Sophia malah mengalami kemurungan dan mengalami masalah sukar untuk tidur.

Baca : Pawang Terkenal Maut Dek COVID-19, Pernah Dakwa Posyen Mampu Tamatkan Wabak Di Sri Lanka & India

Eliyantha White

Sumber: NBC
Sumber: Yelp
Sumber: Yelp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.