in

“Video mak tengah breastfeed anak pun ada” – ‘Hacker’ Curi Rakaman CCTV Dalam Rumah, Jual di Web Pornografi

Cctv Godam

Rakaman CCTV daripada 50,000 buah rumah penduduk di Singapura telah digodam dan dicuri, lapor AsiaOne. Bukan setakat itu, individu tidak bertanggungjawab berkenaan turut sebarkan dan jual klip rakaman itu kepada laman web pornografi.

Video-video yang digodam itu berdurasi antara 1 minit hingga 20 minit dan bermacam jenis kandungan yang terpapar termasuklah pasangan, kanak-kanak dan para ibu yang menyusukan anak mereka.

 

Kebanyakannya tidak berpakaian

Melalui Internet Protocol (IP) kamera, rakaman CCTV itu adalah yang selalu dipasang di rumah dekat Singapura. Ia selalunya digunakan atas tujuan keselamatan atau untuk memantau anak, orang tua, orang gaji serta haiwan peliharaan.

Cctv0

Kebanyakan daripada mereka berada dalam keadaan tidak berpakaian atau dalam kedudukan dan posisi yang tidak elok untuk ditonton. Wajah-wajah mereka juga jelas kelihatan di dalam rakaman CCTV rumah masing-masing di mana rata-ratanya adalah di ruang tamu, bilik tidur dan ada juga yang sedang menggunakan tandas dengan keadaan pintu terbuka.

 

Siap ada yuran langganan

Menurut Straits Times, kebanyakan video menunjukkan ianya adalah rakaman di rumah yang dilihat mempunyai layout yang sama iaitu flat Housing Board. Video-video yang telah dicuri itu diletakkan dengan tajuk untuk menarik perhatian pengguna laman web pornografi tonton.

Cctv2

Kumpulan hackers ini dikatakan aktif di platform mesej sosial, Discord dan mempunyai hampir 1,000 ahli dari seluruh dunia. Setakat Sabtu lepas saja, banyak video bersaiz lebih daripada tiga terabytes telah dikongsi bersama lebih 70 orang ahli lain. Mereka semua dikatakan telah membayar yuran langganan sebanyak 203 Singapore Dollar (RM620.77). Difahamkan, yuran itu hanya dibayar sekali seumur hidup agar mereka mempunyai akses terhadap video-video dikongsikan.

 

Ahli VIP dapat tutorial

Selain itu, ahli VIP kumpulan berkenaan akan diajar tentang bagaimana untuk ‘explore, tonton live dan rekod’ rakaman CCTV yang telah digodam itu. Mereka akan diajar melalui tutorial dan sesi peribadi.

Selain Singapura, mangsa godam juga terdiri daripada penduduk di Thailand, Korea Selatan dan kanada. Sebanyak 700 megabytes ‘sample’ yang mempunyai lebih kurang 4,000 video dan gambar daripada rakaman digodam itu diberikan secara percuma.

Cctv3

Baca: “Online banking kena hacked!” – Ramai Pengguna Smartphone ‘Complain’ Akaun Mereka Cuba Digodam Lepas Install Houseparty App?

Houseparty3

Sumber: AsiaOne