in

“Rezeki tak salah alamat” – Lepas 4X4, Abang Viva Terima Hadiah ‘Superbike Yamaha’ Pula

Pagex 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ketika ini satu Malaysia sudah tahu nama Azwan Omar, atau lebih dikenali dengan nama ‘Abang Viva’ yang telah banyak membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan ketika bencana banjir menimpa kita sebelum ini.


Terdahulu, kita ada mendengar cerita berkenaan Azwan Omar yang bakal menerima sebuah kereta 4×4 hasil sumbangan seorang pengasas kosmetik, Sha Hassan.

Rezeki tidak berakhir setakat itu, Azwan baru-baru ini diberi lagi hadiah sempena usaha murninya tempoh hari, kali ini berbentuk sebuah motosikal berkuasa tinggi atau superbike jenama Yamaha.

Terima Kasih Kepada Abang Viva Buat Baik Dibalas Baik ???#Yamaha #XJ6S #ABANGViVAExchange ur bike to cash ? No…

Posted by ICITY Motoworld SDN BHD on Tuesday, January 11, 2022

 

Perkara itu dikongsi melalui laman Facebook syarikat ICITY Motorworld Sdn. Bhd., di mana mereka turut memuat naik foto Abang Viva yang telah selamat menerima motosikal Yamaha XJ6S berwarna hitam.

Dalam nilai pasaran sekarang, motosikal jenis Yamaha XJ6S yang diterima Azuan itu dikatakan bernilai RM39,000. Mungkin ini berkat doa orang-orang yang pernah dia bantu dulu…

Yamaha Xj6 Diversion 09 3

Menurut laman Moto Malaya, motosikal tersebut dibeli oleh seorang individu di kedai tersebut dengan tujuan untuk dihadiahkan kepada Azwan. Walau bagaimanapun, identiti individu tersebut tidak pula didedahkan.

Pihak ICITY Motorworld turut menaja beberapa aksesori termasuklah helmet, jaket dan beg galas sebagai tanda penghargaan buat Abang Viva selaku penerima Anugerah Adiwira Prihatin Musibah itu.

“Setiap benda baik kita buat pasti ada ganjarannya”

Perkongsian di laman Facebook itu menerima lebih 3 ribu tanda like, di mana rata-rata netizen turut memberikan komen-komen positif. Malah, ada juga netizen yang mengajak Abang Viva untuk ride bersamanya.

W Vert

Baik budi kita kepada orang, baik jugalah ganjaran yang kita dapat balik. Semoga Abang Viva dapat terus menjadi ikon kepada kita semua,

Baca: “Dia ikhlas bagi tak ada syarat” – Abang Viva Akhirnya Setuju Terima 4X4 Dari Pengasas Kosmetik

Capturex 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.