“Rezeki rumah dekat dengan kedai toye” – Wanita Santai ‘Order’ Makanan Dari Tingkap Rumah

Tambah ke Sumber Pilihan
“Rezeki rumah dekat dengan kedai toye” – Wanita Santai ‘Order’ Makanan Dari Tingkap Rumah

Tidak dapat dinafikan, ada beberapa waktu yang kita tidak berapa rajin untuk masak di rumah dan kita akan memilih untuk ‘tapau’ makanan di luar atau pergi ke restoran.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang wanita yang sangat beruntung kerana terdapat kedai makan masakan ala-Thai yang terletak di belakang rumahnya.


Artikel berkaitan: “Bukan semua orang mampu buat” –  Netizen Puji Sikap Pekerja Pemotong Pokok Bersalaman Dengan Pemberi Makanan

Artikel berkaitan: “Sporting Betul Keluarga Ni” –  Lain Dari Yang Lain, Satu Keluarga Pakaian Baju Tidur Sedondon Buat Netizen Terhibur

Apa yang lebih menghiburkan, perkongsian di TikTok @stormyfall8 itu ialah apabila wanita tersebut memesan makanan dengan menjerit pesanannya melalui tingkap rumahnya.

“Korang tahu korang beruntung bila korang boleh order makanan ikut pintu belakang rumah” tulisnya di dalam video.

Dalam video berdurasi 44 saat itu, kelihatan wanita itu dengan selamba membuka tingkap rumahnya dan memesan kuey teow goreng tanpa taugeh dengan menjerit kepada pekerja kedai makan tersebut.

“Sampai 4 orang keluar amik order” 

Ruangan komen dipenuhi dengan para netizen yang terhibur malah ada juga yang mencadangkan agar wanita tersebut menyediakan bakul dan tali agar senang untuk membungkus makanan.

Cats 4

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan hampir mencecah 140K tontonan serta lebih 50 komen.

Bestnya kedai toye belakang rumah!

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Rezeki rumah dekat dengan kedai toye” – Wanita Santai ‘Order’ Makanan Dari Tingkap Rumah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/rezeki-rumah-dekat-dengan-kedai-toye-wanita-santai-order-makanan-dari-tingkap-rumah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM