“Respect”-Feri Rosak Tak Sempat Berbuka, Aunty Dan Pemuda Cina Offer Makanan Mereka Pada Penumpang Muslim.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Hidup dalam negara yang berbilang bangsa, bukannya sesuatu yang mudah namun jika ia dilakukan dengan betul segalanya akan menjadi indah.

Yang penting perlu saling bertolak ansur dan tolong menolong antara satu sama lain, baru lah dapat hidup dalam aman dan harmoni.

Macam yang dilakukan aunty dan pemuda berbangsa cina ni sewaktu dalam feri dari Langkawi ke Kuala Kedah.

Memetik perkongsian pengguna facebook Nasx Seth, katanya dia respect dengan apa yang dilakukan aunty dan pemuda berbangsa cina ini yang memahami keperluan penumpang beragama islam di dalam feri tersebut.

Jom kita baca kisah yang dikongsikannya :

“Dari langkawi ke kuala kedah.. Tetiba ferry rosak n patah balik.. Tukar ferry smula n xda makanan utk berbuka.. So berbuka dgn air saja.

Tetiba ada aunty cina ni bg coklat utk berbuka..Then dia buka suma coklat dia p bg kat semua org mlayu yg puasa kat dlm ferry sbb dia cakap kena makan kalo berbuka..”

 

Aunty cina buka coklat dia untuk penumpang muslim berbuka

Aunty Cina siap agih-agihkan coklatnya kepada semua penumpang muslim dalam feri supaya dorang dapat berbuka

“Pastu mamat cina kat blakang aku bg plak kfc.. Dia cakap u kena mkn sbb puasa..

Kalo xmau makan bg sama org lain yg puasa.. Berjurai air mata aku..

Sapa cakap org cina rasis aku nak bg starlight kat dahi dia.. Rasis tu sikap individu tu sendiri.. Orang cina bangsa malaysia ni baik2.. No rasis..”

#berbukaDalamFerry

 

KFC yang pemuda tu offer, sedap weh makan waktu berbuka

Posting yang dimuat naik Nasx Seth itu sehingga kini mendapat lebih 15k likes dan 4k shares di facebook.

Malah rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan aunty dan pemuda berbangsa cina tersebut.

Respect! Kalau macam inilah sikap yang kita amalkan, sampai bila-bila pun kita akan hidup dalam harmoni dan penuh kasih sayang.

Baca : Pakcik ni Allahu baik sangat Netizen Terharu Lihat Kegigihan Mualaf Cina Ini Buka Restoran, Bersungguh Jaga Pelanggan

 

 

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.