in

“Remuk terus” – Lori Di Lorong Kanan Langgar Axia Sampai Berpusing Buat Netizen Geram

3Accident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemalangan jalan raya boleh dielakkan sekiranya semua pengguna jalan raya mempunyai sikap berhemah tinggi dan timbang rasa. Kalau masing-masing boleh bertolak ansur dan bersabar atas jalan, kita boleh kurangkan risiko untuk terjadinya kemalangan.


Cumanya kalau benda nak jadi, dia akan jadi jugak. Itulah yang berlaku dalam satu video yang dikongsi oleh Sukan Star TV – sstv.my di Facebook dimana sebuah lori telah melanggar sebuah kereta Perodua Axia. Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Elite  itu telah mengakibatkan Perodua Axia terbabit remuk. Korang boleh tengok video tu yang turut dimuat naik di akaun Twitter @anthraxxxx kat bawah ni.

 

Reaksi netizen

Rata-rata netizen sangat ttidak berpuas hati dan mengecam tindakan pemandu lori terbabit. Tak kurang juga ada yang menegur tindakan pemandu Axia itu kerana teragak-agak ketika memandu.

Screenshot 2021 04 11 At 4.22.59 Pm

Kalau tengok video tu, memang nampak pemandu tu lori tu bersalah sebab berada di laluan yang tidak sepatutnya. Tapi benda dah nak jadi kan, nak buat macam mana?

Screenshot 2021 04 11 At 4.23.34 Pm

Betul, admin setuju. Dekat highway pun ada papan tanda ‘Ikut Kiri Kecuali Ketika Memotong’. Kalau tak nampak juga, bukan ke dah tau lori tak boleh memandu di lorong paling kanan. 

Screenshot 2021 04 11 At 4.24.17 Pm

Ada baiknya kita untuk tidak terus menuding jari dan kata pemandu lori tu nak bunuh orang. Kita tak tahu niat dia. Biarlah pihak berkuasa yang menentukan nasibnya.

Screenshot 2021 04 11 At 4.25.38 Pm

Logik juga. Cuma part kereta melompat tu je tak logik. Kalau ada cipta kereta yang boleh lompat mesti gempak gila. Setakat yang admin tahu Myvi je boleh ‘melompat’ sampai ke bumbung, tu pun bukan semua driver boleh buat.

Screenshot 2021 04 11 At 4.26.57 Pm

Sabar… jangan marah-marah. Sekarang ni kemalangan pun dah berlaku. Harap kita semua ambil iktibar dari peristiwa yang berlaku ni untuk lebih berhati-hati ketika memandu. 

 

Baca: [NGERI] Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Lepas Cuba Elak Pintu Kereta

Screenshot 2021 04 11 At 4.32.19 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.