in

[NGERI] Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Lepas Cuba Elak Pintu Kereta

2Accident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang memang tidak berbau. Kadang-kadang kita dah cukup berhemah dijalan raya, ada pula orang lain yang tak cukup berhati-hati macam kita.


Ada satu kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan lori viral di media sosial. Dalam kejadian tu, mangsanya adalah penunggang motosikal. Dalam satu jalan yang sempit, penunggang motosikal tersebut cuba mengelak pintu kereta yang dibuka secara tiba-tiba dibahu jalan. Tapi apakan daya, sewaktu mengelak pintu kereta itu, penunggang motosikal tersebut telah terjatuh dan kepalanya digilis lori.

Atas sebab-sebab tertentu, admin tak dapat nak share dengan korang video ngeri tu. Korang boleh tengok sendiri video tu dekat twitter @frdaushamdeyyy ye, admin share screenshoot je.

Screenshot 2021 01 30 At 1.13.08 Pm Screenshot 2021 01 30 At 1.13.19 Pm Screenshot 2021 01 30 At 1.13.37 Pm

 

Ngeri

Kejadian yang dipercayai berlaku di Taiping, Perak telah mengakibatkan penunggang motosikal tersebut maut ditempat kejadian. Ternyata rata-rata netizen tidak sanggup melihat video itu kerana kejadian tersebut sangat mengerikan dan hanya mampu memberikan nasihat dan peringatan bersama.

Screenshot 2021 01 30 At 1.13.55 PmYang ni admin setuju. Tak kisah lah naik apa kenderaan sekalipun, memang kena sentiasa alert dengan keadaan sekeliling. 

Screenshot 2021 01 30 At 1.14.42 PmKalau boleh jangan bagi anak buka pintu sendiri. Bukan apa, takut kejadian macam ni berlaku lagi. On kan childlock untuk tempat duduk belakang. 

Screenshot 2021 01 30 At 1.15.44 PmKalau kepala kena lenyek memang tak boleh buat apa dah. Harap keluarga mangsa sabar dan tabah dengan ujian ini. 

Buat pengguna jalanraya, pandu dan tunggang lah secara berhemah. Ingat orang yang tersayang

 

Baca: “Diarahkan berhenti tapi mereka lari” – [VIDEO] Kejadian Sebenar Insiden Viral 2 Remaja Kemalangan Didakwa Ditendang Polis

Screenshot 2021 01 30 At 1.20.40 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.