Sambutan hari jadi bersama rakan-rakan pastinya sesuatu yang menyeronokkan. Tidak kira sambutan besar-besaran atau hanya bersama 2-3 orang sahaja, yang penting ianya satu memori indah bersama.
Tetapi pernah tak anda sambut hari jadi dan tiba-tiba ada tetamu tak diundang?
Seperti video dikongsikan oleh Jerron di Snapchat. Jerron bersama 3 lagi rakannya menyambut hari jadi (tidak pasti hari jadi siapa).
Di permulaan video, salah seorang menyalakan lilin kek hari jadi dan mereka kelihatan sangat gembira walaupun ianya sambutan kecil-kecilan sahaja.

“Adakah awak sedang ber- snapchat?”, tanya rakannya.
Sebaik sahaja menjawab soalan rakannya itu, Jerron mengalihkan kamera untuk merakam moment indah itu. Namun, tiba-tiba kelihatan seorang lagi ‘tetamu’ bersandar pada dinding berhadapan dengan Jerron dalam jarak yang agak dekat.

[sociallocker id=1666]
Sejurus ternampak susuk tubuh berpakaian putih dan berambut panjang itu, Jerron terkejut dan video terus dimatikan. Tidak pasti jika ianya hanya rekaan atau prank semata-mata kerana tiada maklumat lanjut tentang video itu.
Gila ke apa nak prank masa tengah seronok selebret hari jadi kawan kan? Apa apa pun, tonton video Snapchat itu di bawah ini:
Kesian ‘tetamu’ tu, datang sebab nak rasa kek lettewww… Walaupun datang tak diundang kan!
[/sociallocker]
