in

Remaja Bawah 18 Tahun Di China Hanya Dibenarkan Main Online Games 3 Jam Seminggu

F3 Games In China E1630810700744

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika baru-baru ini pihak berkuasa China mengharamkan video Mukbang di negara itu berikutan mereka mahu mengurangkan pembaziran makanan, kali ini China memperkenalkan larangan baru iaitu remaja bawah 18 tahun hanya dibenarkan untuk bermain online video games selama tiga jam seminggu.


Menurut Reuters, peraturan itu diperkenalkan untuk mengurangkan masalah ketagihan permainan online dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Difahamkan, mereka yang berusia bawah 18 tahun hanya boleh bermain permainan dalam talian ini setiap hari Jumaat, ketika hujung minggu dan cuti umum dari pukul 8 hingga 9 malam.

Onur Binay Dvbf1R8Tmum Unsplash
Gambar sekadar hiasan

Jadi, secara puratanya, mereka ini hanya boleh main online games selama tiga jam setiap minggu. Notis pemberitahuan peraturan ini telah dikeluarkan oleh National Press and Publication Administration. 

Jadi, setiap syarikat permainan online ini juga perlu memastikan bahawa remaja dan kanak-kanak bawah umur ini mendaftar dengan nama sebenar mereka ketika bermain online games. Dengan cara ni, barulah pihak berwajib boleh detect siapa yang tengah main. 

Selain itu, syarikat permainan online ini juga tidak boleh membenarkan remaja bawah 18 tahun menggunakan permainan ini di luar waktu yang dibenarkan.

Sebelum ini, remaja bawah umur dibenarkan untuk bermain selama satu jam setengah setiap hari mankala hanya tiga jam pada hari cuti umum bermula tahun 2019. Kini, had masa itu telah dikurangkan kepada hanya tiga jam seminggu.

Korang boleh tonton video yang disediakan oleh South China Morning Post ini untuk faham dengan lebih lanjut tentang peraturan terbaru ini.

Pada pendapat korang, adakah peraturan had masa ni mampu mengurangkan masalah ketagihan main games dalam kalangan remaja di sana? 

Sumber: YouTube South China Morning Post, ABC News & Reuters

Baca: 2 In 1! KFC Perkenalkan PC Yang Boleh Panaskan Ayam Sambil Main Game

Gc 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.