in

2 In 1! KFC Perkenalkan PC Yang Boleh Panaskan Ayam Sambil Main Game

Ft Kfc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang ni jenis suka buat 2 kerja dalam 1 masa, produk terbaru keluaran KFC pastinya sesuai untuk korang!


Walaupun lebih dikenali dengan rangkaian makanan segera, kini KFC ambil keputusan untuk bekerja sama dengan Cooler Master bagi mengeluarkan PC Intel NUC 9 Extreme yang dikenali sebagai KFConsole.

Apa yang menariknya pada produk keluaran baru ini ialah penggunanya dapat menggunakan konsol tersebut untuk bermain game sambil memanaskan ayam mereka.

Tak ada la ayam hangit lagi atas kuali!

 

KFConsole!

Walaupun dihasilkan dengan rekaan PC yang kecil, Intel NUC 9 Extreme tetap menyasarkan prestasi yang tinggi buat penggunanya.

Bukan itu sahaja, rekaan PC unik ini turut didatangi dengan storan bersaiz 1TB SSD serta menyokong Ray Tracing lapor Business Insider.

Capture 2 9

PC ini turut mempunyai resolusi 4K serta kadar segar semula sehingga 240HZ yang pastinya memuaskan hati kaki game!

“Kalau boleh panaskan ayam, mesti PC akan cepat panas!”

Sudah pasti perkara ini menjadi perhatian pengguna di luar sana, tapi jangan risau sebab sistem penyejukan turut disediakan dalam ciptaan terbaru ini.

Capture 1 14 3

Tapi buat masa ini tarikh pengeluaran bagi produk ini belum diumumkan kepada orang ramai.

Jadi setakat ni, korang boleh la slow-slow buat saving mana la tahu nak beli nanti.

Baca : Lelaki Beli PS5 Online Hingga Sanggup Bayar 2X Ganda, Sekali Yang Sampai Batu Konkrit Besar

Capture 17 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.