in

Rayuan Kes SRC International Najib: Ini Apa Yang Berlaku Setakat Ini…

Collage 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kini sedang berdepan tuduhan penyelewengan berkaitan kes SRC International. Sepanjang kes ini dibicarakan, macam-macam perkara telah berlaku.


Dekat bawah ni, korang boleh baca kronologi kes SRC International yang telah berlaku setakat artikel ini ditulis…

Selepas gagal mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, Najib telah ditahan pada 3 Julai 2018 dan telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur keesokan harinya untuk didakwa.

Di sana, Najib telah didakwa atas tiga pertuduhan jenayah pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung penyelewangan dana RM42 juta milik SRC International yang pada ketika itu anak syarikat 1MDB.

Kemudian, pada 8 Ogos tahun yang sama, Najib telah berdepan dengan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram.

Selepas perbicaraan dijalankan selama 79 hari bermula 3 April 2019 dan 11 Mac 2020 yang menampilkan seramai 86 saksi, Najib telah didapati bersalah atas kesemua pertuduhan dan Hakim Nazlan Ghazali menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.

Ekoran ini, Najib telah membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lalu dan selepas perbicaraan selama 15 hari, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Abdul Karim Abdul Jalil, Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin telah membuat keputusan bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Ptj20 18082022 Najib Mahkamah 2572231 20220818182738

Pada hari yang sama, Najib telah failkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dan pada 25 April tahun ini, beliau telah pun memfailkan petisyen mengatakan terdapat sebanyak 94 kesilapan undang-undang dan fakta yang dibuat oleh mahkamah dalam penghakimannya.

Manakala pada 31 Mei, peguam diraja dari UK Jonathan Laidlaw telah membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mewakili Najib dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan namun ditolak pada 21 Julai.

Pada 10 Jun lalu pula, Najib telah memfailkan usul untuk mengemukakan bukti baru menunjukkan Hakim Nazlan patut menarik diri kerana konflik kepentingan yang melanggar haknya untuk mendapat perbicaraan yang adil dan memohon perbicaraan semula kes di hadapan Mahkamah Tinggi yang lain.

Pada 25 Julai lalu, Najib telah melantik firma guaman Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners sebagai peguam caranya menggantikan Shafee & Co. Manakala Hisyam Pok Teik telah menggantikan Shafee Abdullah sebagai peguam utama.

Keesokan harinya, peguam cara baharunya telah menulis surat kepada Mahkamah Persekutuan memohon untuk mengangguhkan rayuan yang berbaki tiga minggu namun ditolak oleh mahkamah tertinggi.

Usul untuk mengemukakan bukti baharu didengar pagi Isnin dan Selasa lalu dan mahkamah tertinggi sebulat suara menolak usul tersebut selain turut menolak permohonan Hisham untuk menangguhkan perbicaraan.

Manakala semalam, Hisyam yang sepatutnya membentangkan hujahan rayuan telah memohon maaf kepada mahkamah dan memohon untuk menarik diri sebagai peguam utama. Permohonan itu ditolak oleh mahkamah tertinggi dan peguam utama serta pasukannya diarahkan untuk mewakili Najib.

Najib Razak Src International 6 1

Ekoran kesuntukan masa dan tidak dapat berhujah secara lisan, Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat bertanya sama ada beliau mahu bergantung kepada penghujahan bertulis yang difailkan peguam cara terdahulu di mahkamah rendah. Hisyam bersetuju.

Pendakwa Raya ad hoc, V Sithambaram kemudiannya membentangkan hujah responden dan selepas rehat makan tengah hari, Hisyam memberitahu mahkamah bahawa beliau berhasrat memfailkan “penghujahan bertulis baharu”.

Selepas prosiding berakhir, Najib dan Hisyam mengadakan sidang media bersama dan Najib meluahkan bantahannya terhadap cara prosiding dikendalikan dengan mengatakan “hak untuk hidup, kebebasan dan perbicaraan adil di hujung tanduk”.

Perbicaraan kemudiannya bersambung pada pagi ini dengan berita Najib telah menamatkan perkhidmatan peguam cara baharunya dari firma Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners.

Lebih banyak lagi berita mengejutkan dijangka berlaku hari ini…

Sumber: FMT

 

Baca: [TERKINI] Mahkamah TOLAK Permohonan Najib Untuk Beri Bukti Tambahan

Screenshot 2022 08 19 At 11.33.58 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.