in

“Rasanya bini dia memang tak bagi keluar” – Lelaki Ni Bawa Sebungkus Cili Padi Sambil Lepak Mamak

Feature Image Lelaki Lada

Kalau korang lepak kedai mamak biasanya apa je aktiviti korang dengan kawan-kawan? Takkan makan dan minum lepastu balik? Hmm, tak syok lah.

Baru-baru ni tular di laman Twitter video berdurasi 39 saat yang menunjukkan seorang lelaki yang membawa sebungkus cili padi dan juga bawang lepak di kedai mamak bersama rakan-rakannya.

https://twitter.com/_KechikChill/status/1186996738059489280?s=20

Menurut @_KechikChill, individu yang memuat video tersebut, lelaki berkenaan diminta oleh isterinya untuk mengupas bawang dan juga potong cili padi tersebut.

Tapi dalam pada masa yang sama, lelaki itu di ajak oleh kawan-kawannya untuk lepak di kedai mamak. Oleh itu, dia terpaksa membawa kesemua cili dan bawang itu bersamanya. Wah ramai gadis cair dengan dia ni.

Namun ada juga warganet yang berkongsi pengalaman yang hampir sama seperti lelaki ini.

“Tolong member prepare barang niaga dia”

https://twitter.com/deyanafitri/status/1187380316144574464?s=20

“Datang raya kena siang tauge”

https://twitter.com/maleaalias/status/1187377524101267458?s=20

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen menjadi cair apabila melihat semangat lelaki ini yang tidak mengabaikan permintaan isterinya walaupun nak keluar pergi melepak.

Cute wei lelaki buat kerja dapur”

Aww Cair 1
Sumber: twitter

“Rasanya bini dia tak nak bagi keluar, tapi degil juga ni nak keluar”

Aww Cair 2
Sumber: twitter

Tapi apa pun admin salute dengan lelaki ni sebab walaupun pergi lepak dekat mamak, dia tak malu pun nak bawak assignment yang bini dia bagi.

 

Baca: “Stock bini ni bro” – Netizen Cair Tengok Gadis Ini Sanggup Drive Dari Gombak untuk Jumpa BF di Johor

Gdsvz