in

‘Rasa Tenang Je Masuk Tandas’ – Cantik! Twitter Famous Kongsi Idea Deco Tandas Macam Hotel

Untitled Design 27 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tandas atau bilik air yang selesa dan cantik memang sangat di idamkan semua pemilik rumah. Bilik air bukan sahaja perlu bersih tetapi dapat memberi keselesaan dan ketenangan. Jika tetamu datang, kita pun rasa senang hati tanpa risau.


Menerusi satu posting di Twitter, Arif Bin Jemali, 22 menginginkan sebuah tandas yang selesa dan terasa di dalam hotel. Ditambah pula dengan kebosanan yang melanda akibat PKP ini, maka terhasil lah sebuah tandas yang diidamkan.

1 28 7

 

Menurut pelajar dari UPM itu, dia hanya menghabiskan kira-kira RM 300-400 sahaja untuk menghias tandas rumahnya itu. Dan proses menyiapkan dekorasi tandas itu tidak lah memakan masa yang panjang. Murahlah kan? Sekali check in hotel dah berapa..

Selain ibu bapanya yang turut terkejut melihat perubahan ini, warganet turut kagum dan memuji transformasi tandas yang dilakukan oleh pemuda itu.

2 24

4 8

3 19

Semasa ditemu bual, dia sempat mengajak semua pembaca untuk mencuba hias tandas rumah masing-masing demi keselesaan bersama.

Yelah, supaya sejuk je mata memandang, tak geli sebab hari hari guna kan? Silap silap jiran pun datang tumpang tandas.

Baca: [VIDEO] Sekolah di Singapura Kecewa Sebab Pelajarnya Bangga Buang Duit Ke Dalam Mangkuk Tandas

F.b 19 5

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.