in

Ramai Terkejut Tengok Klinik Desa Di Johor Usang, Dah Macam Rumah Hantu!

Klinik 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh mengenai keadaan klinik kesihatan yang usang terletak di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru. Video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki yang menyifatkan klinik tersebut seperti rumah hantu kerana struktur papanya yang sudah reput dan uzur.


Klinik macam rumah hantu!

Dalam video tersebut, lelaki itu menunjukkan keadaan longkang di kawasan klinik berkenaan yang penuh dengan sampah hingga menyebabkan ianya tersumbat. Dapat dilihat juga keadaan klinik yang dibina menggunakan papan tersebut nampak uzur dan semakin reput.

Artikel berkaitan: “Macam rumah hantu” – Kondisi Kolej Tingkatan Enam Di Melaka Undang Kegusaran Ibu Bapa

Artikel berkaitan: “Bukannya takut lagi dah” – Cikgu Matematik Viral Buat Rumah Hantu Macam Tempat Permainan Sahaja

Selain itu, keadaan pada waktu malam pula agak mengerikan oleh kerana tiada satu pun lampu dipasang di sekitar klinik tersebut. Lelaki itu juga menggesa wakil rakyat di kawasan tersebut untuk memandang terhadap isu itu.

Ni bukan rumah hantu, ni klinik desa Kampung Bakar Batu. Korang boleh tengok.. macam ni ke klinik desa? Mana pergi wakil rakyat? Baik ahli parlimen, ADUN.. jalankan tanggungjawab korang. Apa alasan nak bagi terhadap klinik ni? Nak robohkan?

Dia juga mendakwa, klinik itu tidak mendapat apa-apa peruntukan dan jururawat yang bertugas sudah membuat aduan namun tiada tindakan oleh pihak atasan.

Jawapan Pengarah Jabatan Kesihatan Johor

Menurut Berita Harian, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut berkata bangunan Klinik Desa Bakar Batu itu akan dirobohkan untuk dibina semula. Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru juga telah mengemukakan permohonan untuk melakukan berbuat sedemikian dan perakuan pelupusan bangunan tersebut juga telah diluluskan oleh KKM pada tahun lalu.

Jabatan Kesihatan negeri telah menyenaraikan permohonan projek roboh dan bina baharu melibatkan kuarters ini di bawah Rolling Plan 4 kepada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj) KKM.

Menepis dakwaan orang ramai, beliau berkata klinik berkenaan mula beroperasi dari tahun 1969 di kampung tersebut sebagai Rumah Bidan Klinik yang mana dibina menggunakan kayu dan ia bersambung dengan kuarters.

Bangunan klinik telah dinaik taraf kepada bangunan batu pada 2010. Bangunan kuarters pula telah dikosongkan bermula 2011 akibat uzur dan tidak selamat untuk diduduki. Kerja-kerja roboh dan bina baharu kuarters terbabit akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan dan pengesahan peruntukan pada tahun ini.

Susulan itu, beliau akan memastikan perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi akan sentiasa diberikan kepada pelanggan selaras dengan sifat profesionalisme serta misi dan visi KKM.

Sumber: Facebook, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.